Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

23) KUTIPAN BAYARAN PARKIR HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pencegahan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak PBT bagi mengatasi masalah sesetengah individu yang menjadikan kawasan tertentu sebagai tapak parkir kenderaan (mengambil bayaran) sedangkan kawasan tersebut tidak mempunyai meter parkir kenderaan / booth mengutip bayaran sewa parkir kenderaan?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau melalui Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan
    mengenai kutipan bayaran parkir haram yang dibuat oleh individu. Tindakan di
    bawah Undang-undang kecil pelesenan tempat letak kereta boleh di kenakan
    kepada mana-mana pengusaha yang didapati mengenakan bayaran parkir tanpa
    mendapatkan lesen sah dari PBT. Selain itu penambahbaikan Undang-undang
    kecil juga akan dilaksanakan dalam memastikan kesesuaian prosedur
    pelaksanaan penguatkuasaan oleh penguat kuasa PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.