Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

6) KURSUS TESL UNISEL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kursus TESL Unisel masih diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan?

    Program Teaching of English as a Second Language (TESL) di Unisel di peringkat Diploma dan Sarjana Muda Pendidikan (Hons) TESL masih diiktiraf oleh kerajaan persekutuan oleh kerana ianya masih mendapat perakuan akreditasi dari MQA (sila lihat Lampiran 23 Mac 2015 dari MQA Yang mengekalkan perakuan akreditasi). Kedua-dua program ini merupakan program yang digemari oleh pelajar selain dari Pendidikan    Awal   Kanak- kanak.

  2. Terangkan prospek kerjaya graduan TESL Unisel, termasuk sama ada graduannya juga diterima di luar negara?

    Statistik ini berdasarkan rekod dari pensyarah program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda TESL. Prestasi pelajar Program ini amatlah tinggi berdasarkan pujian dari guru besar dan guru lain dari sekolah-sekolah kerajaan semasa mereka menjalankan

    Dari tahun 2007 – 2014, berikut adalah kerjaya graduan TESL di:

     

    Bil Kerjaya Tempat Jumlah
    1 Pensyarah universiti (termasuk seorang di universiti di Singapore dan yang lain di UPM, UiTM, Unisel, UNITAR, UTAR) > 40 orang
    2 Pensyarah I di Institut Kemahiran, Politeknik,Institut Latihan Industri, MRSM, Kolej Komuniti dan kolej2 Swasta >60%
    4 Guru sekolah Menengah dan Rendah Kementerian Pendidikan >300
    5. Guru         sekolah Swasta Antarabangsa (Tenby international school, Fairview, Greenview etc. Mereka lebih suka berkerja di sekolah Swasta berbanding  dengan sekolah kerajaan) Ramai
    6. Guru Bahasa ELC, British Counsel Ramai
    7. Sedang melanjut pelajaran            di United Kingdom selepas tamat di UNISEL   7 orang
    8 Ramai                telah     tamat     ijazah       Sarjana      dari   UM      dan ramai universiti tempatan lain seperti UKM, UPM,

    UPSI,UiTM dan lain lagi.

    ramai
    9 Sedang buat PhD di UK   >2 orang
    10. Pegawai PTD   >3 orang
    11. Tentera laut   5 orang
    12 Kastam       diRaja Malaysia   >3 orang
    13. Bank tempatan   >4 orang
    14. Perniagaan    

     

      sendiri    
    15. Buka                      Pusat Tiusyen/Tadika   5 orang
    16. Award                         Tun Mahathir   4 orang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.