Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

231) KURSUS PERKAHWINAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mewajibkan setiap pasangan yang sudah berkahwin yang menetap di Selangor mengikuti kursus perkahwinan 5 tahun sekali?

    Modul Kursus Pasca perkahwinan yang telah dibangunkan mempunyai 4 tahap  iaitu:-

    Bil Kategori Perkahwinan Tempoh Perkahwinan
    I. Bulan Madu 0 – 5 Tahun
    II. Sehati Sejiwa 5 – 10 Tahun
    III. Semarak Kasih 10 – 20 Tahun
    IV. Syurga Cinta Melebihi 20 Tahun

    Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor masih belum bercadang untuk mewajibkan semua yang sudah berkahwin mengikuti kursus tersebut. Walau bagaimanapun, JAIS telah melaksanakan kursus ini sejak tahun 2016 dan sehingga tahun 2018 seramai 193 pasangan suami isteri (386 peserta lelaki dan wanita) telah mengikuti kursus ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.