Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

89) KURSUS KEMAHIRAN DI BAWAH KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Difahamkan bahawa semua Majlis Bandaran / Perbandaran mempunyai program kursus kemahiran untuk warga Selangor. Berapakah dana yang di peruntukan untuk program ini?

    BIL PBT JUMLAH PERUNTUKAN(RM)
    1 MBSA Tiada
    2 MBPJ 88,700
    3 MPK Tiada
    4 MPAJ 200,000.00
    5 MPSJ 200,000.00
    6 MPS 12,000.00
    7 MPKj Tiada
    8 MPSp 40,000 bagi setiap Ahli Majlis
  2. Berapa jenis khusus kemahiran yang berjaya dianjurkan?

  3. Bagaimana dengan sambutan dan pengiklanan?

    Sambutan dan penglibatan penduduk setempat amat memberangsangkan. Berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima oleh peserta program, mereka mencadangkan agar program-program kemahiran sebegini perlu dilaksanakan secara berterusan. Pengiklanan program telah dibuat melalui laman web PBT , Jawatankuasa Penduduk, banner dan poster, flyer di kaunter Majlis serta surat hebahan di sekolah-sekolah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.