Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
229) KURSI SIDDIQ FADZIL UNIVERSITI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program-program serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Universiti Selangor terkait dengan Kursi Siddiq Fadzil sepanjang tahun 2022?
Program-program serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Universiti Selangor terkait dengan Kursi Siddiq Fadzil sepanjang tahun 2022 adalah seperti berikut:
- Ubahsuai Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil di Bangunan Perpustakaan Tingkat 1, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya
- Seminar Model Pendidikan Al Hikmah: Teras Pembinaan Guru Sejahtera – 28 Julai 2022, UNISEL Shah Alam
- Perbincangan Meja Bulat Program Merakyatkan Pemikiran Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil – 18-19 Oktober 2022, Hotel Acapella Shah Alam
- Seminar MADANI bagi pengurusan UNISEL dan fakulti-fakulti di UNISEL pada 2 Februari 2023 di Dewan Senat, UNISEL Bestari Jaya
- Penyelidikan Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil (6 tajuk penyelidikan sedang dijalankan bersama ahli-ahli dari dalam dan luar UNISEL)
- Pembangunan Laman Sesawang Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil
- Penerbitan buku “Pemimpin Seribu Wajah: Himpunan Ceritera Mengenang Siddiq Fadzil” dengan kerjasama UNISEL Press.
-
Berapakah jumlah yang dibelanjakan oleh Universiti Selangor dalam menjayakan Kursi Siddiq Fadzil sepanjang tahun 2022?
Kursi Siddiq Fadzil telah menerima peruntukan sebanyak RM 1 juta dari Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2022. Wallau bagaimanapun, peruntukan tambahan sebanayk RM 4 juta masih belum diterima.