Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

32) KUPON AIR PERCUMA UNTUK PERUMAHAN PANGSA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan perumahan pangsa yang telah diberikan kupon air percuma ini dan sedang menikmati air percuma sekarang

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek perintis pemberian kupon air percuma kepada pangsapuri kos rendah bermula di Pangsapuri Sri Tanjung untuk tempoh 3 bulan mulai Jun 2010. Berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada pembeli Pangsapuri Sri Tanjung dan lain-lain kawasan pangsapuri kos rendah, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sejumlah 69 skim pangsapuri kos rendah melibatkan 23,093 pembeli bagi pelaksanaan fasa pertama pemberian air percuma kepada pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal.

    Skim pangsapuri kos rendah yang telah dipilih ini adalah berdasarkan keutamaan kepada pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang mempunyai Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC) yang aktif atau berpotensi.   Kriteria ini ditetapkan kerana Kerajaan Negeri telah mempertanggungjawabkan JMB/MC untuk menguruskan pengedaran dan pengutipan kupon kepada pembeli-pembeli bagi membantu Kerajaan Negeri dalam memastikan program pemberian air percuma melalui sistem kupon dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

    Senarai pangsapuri kos rendah terlibat mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:

    BIL. PIHAK

    BERKUASA TEMPATAN

    SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH JUMLAH PEMBELI
    1. MBSA Seri Melewar Seksyen U1 240
    Mentari Seksyen U5 840
    Desa Subang seksyen U5 64
    Sunway Sinar Seksyen U9 240
    Blok 54, Seksyen 7 Shah Alam 105
    Blok 55 Seksyen 7 Shah Alam 95
    Blok 26-30, Seksyen 27,

    Taman Bungan Negara

    640
    Rimau Indah Seksyen 32 249
    Taman Alam Indah Seksyen 33 200
    Seri Era Seksyen 36 314
    JUMLAH 2,987
    2. MBPJ Vista Subang 210
    Blok C & D Petaling Utama 1008
    Lestari 1360
    Desa Mentari 726
    JUMLAH 3,304
    3. MPSJ Sri Tanjung 1,028
    Seri Mutiara 1,040
    Seri Kayan 550
    Blok Angsana, Bougenvilla, Carnation & Daisy, Taman Seksyen 2 200
    Enggang 1,380
    Seri Begonia 848
    Blok F5-F8 Puchong Permai 390
    Blok F9-F10 Puchong Permai 200
    JUMLAH 5,636
    4. MPAJ 700 Pandan Perdana 700
    Taman Ampang Mewah 518
    Blok A Taman Industri Lembah Jaya 525
    Sri Intan 208
    Al-Ridhuan 301
    610, Jalan Pandan Indah 610
    Seri Impian 300
    Nusa Kurnia 200
    Merpati A 430
    Merpati B 350
    Blok A Taman Permai Jaya 100

     

     

     

    BIL. PIHAK

    BERKUASA

    TEMPATAN

    SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH JUMLAH PEMBELI
        Blok B Taman Permai jaya 90
    Blok 2 Desa Lembah Permai 330
    JUMLAH 4,662
    5. MPK Blok Mawar 277
    Blok Cempaka 336
    Mutiara  Fasa 2 Bukit Raja 152
    Seri Perantau Blok B 128
    Seri Perantau Blok C 128
    Seri Perantau Blok E 128
    Seri Perantau Blok F 128
    JUMLAH 1,277
    6. MPKj Seri Mesra 117
    Fasa 1 & Fasa 1F

    Bandar Damai Perdana

    210
    Taman Segar Perdana Fasa 7A 72
    Sri Murni Taman Pinggiran Sungai Long 120
    Blok A Taman Sri Kenari 300
    Tasik Sungai Chua 168
    Inang, Taman Impian Ehsan 240
    Blok Indah, Taman Taming Indah 95
    Taman Asa Jaya 500
    JUMLAH   1,822
    7. MPS Kota Warisan, Selayang Bahagia 158
    Batai 240
    Seri Laman 98
    Pinggiran Indah 141
    Laksamana Jaya 170
    Laksamana 229
    Kenanga 236
    Cempaka 217
    Delima, Taman Tun Teja 240
    Kenanga, Taman Tun Teja 260
    Dahlia, Taman Tun Teja 240
    Cempaka, Taman Tun Teja 300
    Blok A, Danau Rebung 96
    Blok B, Danau rebung 80
    Amaniah 1 75
    JUMLAH 2,780
    8. MPSp Cengal 125
    JUMLAH 125

     

     

     

    BIL. PIHAK

    BERKUASA

    TEMPATAN

    SKIM PANGSAPURI KOS RENDAH JUMLAH PEMBELI
    9. MDKL Taman Dato’ Hormat 48
    Carnation D’Menara 144
    Blok D2, Taman Langat Murni 64
    Blok C2, Taman Langat Murni 48
    Blok G & H, Taman Langat Murni 160
    Sri Pelangi 36
    JUMLAH 500
    10. MDHS TIADA RUMAH KOS RENDAH YANG MENGGUNAKAN METER AIR PUKAL
    11. MDKS
    12. MDSB

    Fasa pertama untuk program pemberian air percuma kepada pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal akan bermula bagi bil air bulan Oktober 2010.

  2. Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan usaha melaksanakan pemberian air percuma ini kepada rakyat terutamanya yang menduduki perumahan pangsa kos rendah?

    Kerajaan Negeri sedang mempergiatkan usaha untuk mengumpulkan maklumat skim pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang masih menggunakan meter air pukal bagi pelaksanaan fasa kedua pemberian air percuma bagi tahun hadapan. Oleh demikian, satu kempen pendaftaran terbuka akan dibuat di semua kaunter-kaunter pejabat unit Pesuruhjaya Bangunan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan. Melalui kempen pendaftaran terbuka tersebut, semua pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau mana-mana pihak yang sah yang mewakili skim kawasan pemajuan pangsapuri kos rendah di negeri Selangor boleh membuat pendaftaran bagi menyertai program pemberian air percuma ini.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mewajibkan semua kawasan pemajuan strata untuk membuat migrasi meter air pukal kepada migrasi meter air individu supaya pemberian air percuma dapat dilaksanakan secara automatik.  Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pesuruhjaya Bangunan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan negeri Selangor dan SYABAS telah menganjurkan program turun padang ke kawasan-kawasan pemajuan strata yang masih menggunakan meter air pukal untuk memberi taklimat mengenai pelaksanaan program migrasi tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.