Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

9) KUOTA VAKSIN YANG DIBEKALKAN KERAJAAN PUSAT KEPADA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kuota, kumpulan sasaran dan penerima serta jadual penyerahan vaksin di Selangor yang dibekalkan kerajaan Pusat kepada Negeri Selangor?

    Kuota adalah ditetapkan oleh Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) dan perancangan jadual pembekalan vaksin yang diterima oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor daripada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM dan Program Perkhidmatan Farmasi KKM.

    Pembekalan vaksin:

    • Comirnaty® (Pfizer) adalah secara mingguan ke Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di Selangor
    • Coronavac® (Sinovac) adalah secara mingguan ke PSV dan secara harian ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Integrasi
    • Astra Zeneca (AZ) adalah secara mingguan kepada PSV

    Jumlah agihan vaksin sehingga 23 Ogos 2021:

    • Comirnaty® (Pfizer) : 3,364,920 dos
    • Coronavac® (Sinovac) : 3,874,982 dos
    • Astra Zeneca : 259,800 dos

Lampiran

Tiada Lampiran.