Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
190) KUOTA VAKSIN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kuota, kumpulan sasaran dan penerima serta jadual penyerahan vaksin di Selangor yang dalam program vaksin Selangor sepanjang tahun 2021 ini?
Bagi meningkatkan usaha imunisasi warga Selangor, pengenalan Program Vaksin Selangor (SelVAX) merupakan langkah yang tepat diambil oleh Kerajaan Negeri. Pelaksanaan SelVAX yang membantu mempercepat kadar imunisasi telah membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baharu. Melalui SelVAX, Kerajaan Negeri menyasarkan pemberian vaksin kepada 250,000 individu atau 500,000 dos melalui Program SelVAX Komuniti dan 750,000 dos bagi SelVAX Industri.
Jangkaan jumlah kegunaan dos bagi program SelVAX adalah sebanyak 1.25 juta dos vaksin dengan kumpulan sasaran adalah rakyat Negeri Selangor yang berumur 12 tahun ke atas. Jadual program SelVAX bermula 26 Jun sehingga 1 November 2021 adalah seperti dalam Lampiran.