Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

118) KUOTA UNIT BUMIPUTRA TIDAK TERJUAL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dengan terperinci mengikut daerah berhubung jumlah unit hartanah kuota bumiputera bagi jenis kediaman kos rendah, sederhana dan tinggi yang tidak terjual melebihi tempoh satu tahun dari tahun pelancaran bagi tahun 2008 dan 2009

    Berdasarkan Laporan Status Pasaran Harta Tanah : Harta Tanah Siap Dibina Tidak
    Terjual Bagi Suku Tahun Kedua Tahun 2009 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat
    Harta Tanah Negara (NAPIC), hanya memperuntukkan maklumat mengikut pecahan
    jenis kediaman iaitu kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi manakala data mengikut
    pecahan kuota tidak di kumpul oleh NAPIC. Kerajaan negeri juga tidak mempunyai
    pangkalan data yang mengandungi maklumat spesifik mengenai jumlah hartanah
    mengikut kuota yang tidak terjual kerana data yang terkumpul hanyalah berasaskan
    kepada permohonan pengurangan dan pelepasan kuota jualan bumiputera yang
    dikemukakan oleh pemaju. Data yang ada di Lembaga Perumahan dan Hartanah
    Selangor (LPHS) adalah seperti di Jadual 1 :
    Jadual 1 : Permohonan Pelepasan/ Pengurangan Unit-Unit Kediaman Kuota Bumiputera
    Mengikut Pecahan Daerah dan Tahun.
    Tahun 2008
    Petaling Hulu Langat Klang Gombak
    K.R K.S K.T K.R K.S K.T K.R K.S K.T K.R K.S K.T
    Jumlah
    Unit
    – – 135 – – 212 – – 8 – – 78 433
    Tahun 2009 (Januari hingga Jun)
    Petaling Hulu Langat Kuala Selangor Gombak
    K.R K.S K.T K.R K.S K.T K.R K.S K.T K.R K.S K.T
    Jumlah
    Unit
    – – 225 – – 9 – – 12 – – 8 254
    Petunjuk : K.R = Rumah Kos Rendah K.S = Rumah Kos Sederhana K.T = Rumah Kos Tinggi
    Merujuk kepada Jadual 1, LPHS hanya menerima permohonan pelepasan/
    pengurangan unit- unit kuota Bumiputera bagi rumah jenis kos tinggi yang mana harga
    jualannya dalam lingkungan RM200,000.00 hingga RM 2 juta seunit. Jumlah unit
    keseluruhan yang terlibat bagi kedua-dua tahun tersebut adalah sebanyak 687 unit.
    Daerah Petaling mencatatkan jumlah tertinggi dengan 360 unit diikuti daerah Hulu
    Langat sebanyak 221 unit dan permohonan yang paling sedikit adalah di daerah Klang
    dan Gombak dengan masing- masing mencatatkan 8 unit. Manakala tiada sebarang
    permohonan pelepasan/ pengurangan kuota Bumiputera diterima dari daerah Sabak
    Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang. Ketiadaan permohonan dari
    daerah-daerah tersebut menggambarkan bahawa tiada masalah dihadapi berhubung
    jualan unit-unit Bumiputera terutamanya di kawasan luar Lembah Klang.

  2. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap unit hartanah kuota bumiputera yang tidak terjual melebihi tempoh satu tahun terutamanya bagi jenis kediaman kos tinggi.

    Kerajaan Negeri Selangor amat komited dalam memastikan setiap rakyat di negeri
    Selangor diberi peluang untuk memiliki kediaman yang selesa untuk seisi keluarga. Atas
    keprihatinan yang tinggi terhadap keperluan perumahan ini maka kerajaan negeri
    sentiasa berusaha ke arah menggalakkan pertumbuhan industri pembinaan di Negeri
    Selangor lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang kurang stabil.
    Memandangkan pada masa ini terdapat unit-unit hartanah Bumiputera di Negeri
    Selangor yang masih tidak terjual, maka Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga
    Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengambil beberapa langkah inisiatif
    seperti berikut :
    1) Membantu pemaju mengiklankan unit- unit hartanah yang tidak terjual di akhbarakhbar utama sebanyak tiga (3) kali terbitan iaitu di akhbar Berita Harian, Harian
    Metro dan News Straits Times. Selain akhbar, LPHS juga memaparkan unit-unit
    serta projek tersebut di laman web LPHS dan akan dipanjangkan di setiap laman
    web Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah sebagai satu usaha
    mempromosikan projek/ unit yang tidak terjual ini.
    2) Selain pengiklanan, LPHS turut mengadakan pameran hartanah sebagai bukti jelas
    yang menunjukkan usaha kerajaan negeri untuk membantu pemaju-pemaju
    memasarkan dan menjual unit- unit rumah atau hartanah Bumiputera yang belum
    dijual. Antara pameran yang dianjurkan adalah Pameran Hartanah Bumiputera
    Selangor 2009 bermula 26 Jun sehingga 28 Jun 2009 dari jam 10.00 pagi hingga 9
    malam bertempat di LG 2, Councourse Sunway Pyramid, Sunway Pyramid, Subang
    Jaya. Pameran ini pada keseluruhannya disertai oleh seramai 45 pemaju yang
    terdapat di Selangor dan turut disertai oleh 3 buah bank. Di samping itu, pameran
    seumpama ini juga boleh dijadikan platform bagi perkongsian idea atau pandangan
    antara agensi kerajaan negeri dan pemaju swasta dalam memastikan unit-unit
    hartanah bumiputera dapat dijual kepada pembeli Bumiputera. Kerajaan negeri
    bercadang untuk meneruskan pameran ini dengan lebih kerap iaitu dalam tempoh 6
    bulan sekali pada masa akan datang.
    Kerajaan Negeri juga memandang serius akan unit-unit hartanah kuota Bumiputera yang
    tidak terjual dan perkara tersebut sering dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan
    Negeri (MMKN). Kerajaan negeri tidak berkeberatan untuk melepaskan unit-unit
    hartanah kuota Bumiputera sekiranya pemaju telah memenuhi kriteria- kriteria seperti
    berikut :
    1) Kemajuan projek di tapak sekurang-kurangnya mencapai 75% dan ke atas;
    2) Unit-unit kuota bukan Bumiputera telah 100% dijual;
    3) Pemaju dikehendaki menunjukkan bukti aktiviti promosi seperti membuat iklan di
    akhbar dan mengambil bahagian dalam pameran hartanah telah dibuat;
    Berdasarkan kriteria di atas, pertimbangan akan diberikan sekiranya masih tiada
    Bumiputera yang berminat ke atas unit-unit tersebut terutamanya bagi projek-projek
    yang telah mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) dan melibatkan projek-projek
    berharga tinggi di mana Bumiputera tidak mempunyai kemampuan untuk memilikinya.
    Bagaimanapun, bagi memastikan matlamat dan aspirasi Kerajaan Negeri dalam
    memelihara kuota bumiputera tidak terjejas maka dalam memberi pertimbangan ke atas
    pelepasan kuota bumiputera, kerajaan negeri tetap memastikan bahawa kadar
    peruntukan kuota bumiputera yang tinggal selepas kelulusan pelepasan sekurangkurangnya berada pada kadar minimum sebanyak 30%. Sekiranya kadar minimum
    tersebut masih tidak terjual walaupun setelah segala usaha mempromosi dan
    memasarkan giat dilaksanakan maka barulah kerajaan negeri bersetuju untuk
    melepaskan semua unit hartanah kuota bumiputera tersebut dijual kepada pembeli
    bukan bumiputera. Namun demikian, realitinya terdapat segelintir pemaju yang menjual
    unit-unit kuota bumiputera kepada bukan bumiputera tanpa membuat permohonan untuk
    melepaskan unit kuota bumiputera kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Di dalam
    kes demikian, kerajaan negeri akan mengenakan 5% penalti kepada pemaju bagi setiap
    unit kuota Bumiputera yang telah dijual kepada pembeli bukan Bumiputera

Lampiran

Tiada Lampiran.