Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

130) KUOTA PENJUALAN RUMAH KEDIAMAN UNTUK BUMIPUTRA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjamin kaum Bumiputra dapat memenuhi kuota pembelian di kawasan Bandar dan taman-taman perumahan, terutama rumah mampu milik?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setiap pembangunan perumahan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri telah diperuntukkan kuota jualan Bumiputera, ianya bagi memastikan dan sebagai jaminan oleh Kerajaan Negeri kepada kaum Bumiputera dapat memiliki hartanah Bumiputera bagi sesuatu projek yang bakal dibangunkan. Kuota jualan Bumiputera yang dikenakan kepada pemaju adalah di antara 30 peratus hingga 70 peratus berdasarkan garis panduan sedia ada dan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri memandang serius akan pemilikan hartanah kaum Bumiputera dan terdapatnya syarat- syarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju sebelum sesuatu rayuan permohonan pelepasan kuota Bumiputera diberikan, pemaju perlu mengemukakan beberapa maklumat atau aktiviti kepada LPHS seperti berikut :

     

    • Laporan projek yang mengandungi statistik jualan;
    • Salinan keratan akhbar- akhbar tempatan, majalah, portal (website) yang mempromosikan hartanah- hartanah milik pemaju;
    • Salinan Sijil Perakuan Arkitek yang menunjukkan kemajuan projek di tapak;
    • Menyertai pameran hartanah Bumiputera yang dianjurkan samada oleh LPHS atau pihak

     

    Selain itu, pemaju perlu terlebih dahulu menjual kesemua unit- unit hartanah kuota bukan Bumiputera sebelum boleh memohon untuk pelepasan kuota Bumiputera.

  2. Mohon statistik terkini pemilikan rumah kaum bumiputra di Negeri Selangor

    Untuk makluman Yang Berhormat, semasa penjualan dan pengeluaran hak milik status pemilikan kaum Bumiputera bagi kediaman harga bebas dan rumah mampu milik adalah dalam lingkungan 30 hingga 40 peratus. Walaubagaimanapun, dalam tempoh- tempoh berkenaan terdapat penukaran hakmilik di mana Kerajaan Negeri amat prihatin akan pengekalan hakmilik

     

    pada Bumiputera dengan memperketatkan penukaran hakmilik kepada kaum bukan Bumiputera.

     

    Data sebenar pemilikan kaum Bumiputera bagi kediaman di Negeri Selangor setakat ini tidak dikeluarkan oleh mana- mana pihak dan difahamkan bahawa Jabatan Perangkaan Negara sedang dalam proses melakukan bancian kependudukan pada tahun semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.