Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

98) KUOTA PENERIMA BINGKAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan kuota penerima BINGKAS sebanyak 326 orang sahaja di DUN Jeram berbanding 971 pemohon setakat Januari 2025, apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan pemohon-pemohon yang gagal ini terbela?

    Antara langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan para pemohon yang gagal ini terbela ialah dengan mencadangkan bantuan dan inisiatif Kerajaan Negeri yang lain seperti manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Jom Shopping Perayaan, Iltizam Selangor Sihat (ISS), Bantuan Selangor Sihat, program Back To School, Jelajah Ehsan Rahmah (JER) dan bantuan di bawah agensi Persekutuan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebaran inisiatif dilakukan dengan kerjasama agensi-agensi dan PKM DUN / Penyelaras DUN yang terlibat. Walaubagaimanapun, pemohon juga boleh menghantar permohonan baru apabila permohonan dibuka semula untuk pertimbangan kelulusan oleh PKM.

Lampiran

Tiada Lampiran.