Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
148) KUOTA PENERIMA BINGKAS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah kuota penerima program BINGKAS dihadkan mengikut jumlah pengundi di setiap DUN dan bukannya berdasarkan bilangan penduduk yang memerlukan?
Untuk makluman Yang Berhormat, sasaran BINGKAS untuk membantu 30,000 keluarga di Negeri Selangor adalah berdasarkan belanjawan tahunan berjumlah RM108 juta. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang menggunakan formula kuota berdasarkan pengundi berdaftar bagi mencapai sumber peruntukan tersebut.
Setiap penerima manfaat BINGKAS yang diluluskan akan menikmati manfaat selama 24 bulan atau 2 tahun. Penerima yang telah mencapai tempoh matang manfaat 2 tahun boleh memohon semula sewaktu permohonan baru dibuka, dan saringan permohonan dilakukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu, PKM DUN dan Penyelaras DUN akan meneliti semula kewajaran meluluskan permohonan semula bekas penerima manfaat mengikut keperluan semasa dan juga bagi memberi peluang kepada pemohon baru yang belum pernah menerima bantuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengkaji formula pembahagian kuota yang bertepatan.