Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

26) KUOTA JUALAN DAN HARGA DISKAUN RUMAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ada cadangan pemimpin Pakatan agar kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputra dihapuskan. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap cadangan tersebut?

    1. Untuk makluman Y.B, pada masa kini, kerajaan negeri tidak bercadang untuk menghapuskan 30 peratus kuota jualan malah masih mengekalkan dan memastikan bahawa kadar peruntukkan kuota Bumiputera sekurang- kurangnya berada pada kadar minimum 30 peratus bagi setiap pembangunan  hartanah  yang dijalankan. Ianya bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di negeri Selangor mampu memiliki kediaman yang selesa untuk diduduki selaras dengan visi Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. Kerajaan negeri juga masih mengekalkan diskaun kepada pembeli Bumiputera  terhadap  hartanah- hartanah yang dibeli. Diskaun yang diberikan kepada pembeli Bumiputera adalah sebanyak 7 peratus bagi hartanah jenis rumah dan  10  peratus bagi hartanah jenis komersial dan industri. Diskaun ini  diberikan  bertujuan menggalakkan lagi pembeli- pembeli Bumiputera untuk membeli seterusnya memiliki hartanah- hartanah yang berpotensi dan secara tidak langsung dapat menambah serta meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera khususnya di dalam industri

     

    Sehubungan dengan itu, sebarang cadangan pemansuhan kuota 30 peratus dan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah Bumiputera adalah tidak benar.

     

  2. Apakah dasar jualan dan harga diskaun yang diguna pakai oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri?

    Bagi pembangunan yang dijalankan oleh anak- anak syarikat kerajaan negeri, mereka juga tidak terlepas daripada syarat- syarat yang dikenakan terhadap pemaju- pemaju swasta malahan mereka dikenakan syarat jualan minimum Bumiputera sebanyak 70 peratus. Begitu juga dengan diskaun Bumiputera yang diberikan adalah seperti yang ditetapkan oleh dasar kerajaan negeri iaitu 7 peratus bagi hartanah jenis rumah dan 10 peratus bagi hartanah jenis komersial dan industri. Anak- anak syarikat kerajaan negeri juga dikehendaki membuat pengiklanan di akhbar- akhbar utama tempatan seberapa kerap bagi menggalakkan pembeli- pembeli Bumiputera membeli hartanah yang diminati. Bukan itu saja, anak- anak syarikat kerajaan negeri  bertindak  sebagai  pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan  negeri  terutamanya meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri

     

    Sehingga kini, prestasi jualan hartanah khususnya rumah milik anak- anak  syarikat kerajaan negeri adalah amat menggalakkan dan berjaya menjual kesemua unit- unit rumah kuota Bumiputera sebanyak 70  peratus  yang dikenakan kepada mereka.

  3. Apakah kesan positif kepada rakyat jika cadangan tersebut dilaksanakan?

    1. Kerajaan negeri tidak bercadang untuk menghapuskan kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputera. Oleh itu, jawapan bagi soalan ini tidak relevan

Lampiran

Tiada Lampiran.