Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
52) KUOTA BUMIPUTRA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila butirkan setiap permohonan daripada pemaju perumahan untuk pelepasan kuota bumiputera. Sila beri nama projek, peratus kuota bumiputera untuk projek tersebut, bilangan rumah yang dipohon untuk perlepasan dan bilangan yang diluluskan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima 10 permohonan daripada pemaju perumahan untuk pelepasan kuota Bumiputera bagi hartanah perumahan di sepanjang tahun 2016. Sebanyak 324 (21%) unit rumah kuota Bumiputera dilepaskan daripada 535 (35%) unit rumah yang dipohon untuk pelepasan. Perincian setiap permohonan adalah seperti di Lampiran 1 di Jadual 1.
Lampiran 1
Jadual 1 : Perincian Permohonan dan Kelulusan Pelepasan Kuota Bumiputera Bagi Hartanah Perumahan Sepanjang Tahun 2016.
Bil Nama Projek Jumlah Unit Keseluruhan Kuota Jualan Bumiputera (MMKN) Jumlah Unit Dipohon Pelepasan Jumlah Unit Mendapat Kelulusan 1. D’ Alpinia, Puchong 116 58 (50%) 6 (5%) 6 (5%) 2. Pangsapuri Kos Sederhana Taman Kinrara 480 240 (50%) 140 (29%) 140 (29%) 3. Seterra, Briswood Sdn Bhd 54 22 (40%) 14 (26%) 14 (26%) 4. 16 Sierra Kondomium, Sepang 526 263 (50%) 258 (49%) 129 (25%) 5. Bandar Rimbayu 110 33 (30%) 18 (16%) 14 (13%) 6. Kinrara Kingsgate 38 17 (45%) 10 (26%) 3 (8%) 7. Akira @ 16 Sierra 122 61 (50%) 59 (48%) 59 (48%) 8. Taman Warisan, Kuala Selangor 9 5 (50%) 5 (50%) 1 (11%) 9. Taman Warisan, Kuala Selangor 24 14 (60%) 10 (42%) 2 (8%) 10. Andana Villa @ D’Alpina 30 15 (50%) 15 (50%) 15 (50%) Jumlah
1,509
728 (48%)
535 (35%)
324 (21%)
-
Apakah kriteria untuk pelepasan kuota bumiputera?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri pada 11 Ogos 2011 telah meluluskan Mekanisma Penyelenggaraan Kuota Bumiputera Negeri Selangor sebagai panduan kepada semua agensi kerajaan dan swasta khususnya pemaju dalam proses permohonan pelepasan unit-unit hartanah kuota Bumiputera.
Terdapat syarat-syarat (kriteria) yang perlu dipatuhi oleh pemaju sebelum sesuatu rayuan permohonan pelepasan kuota Bumiputera diberikan, pemaju perlu mengemukakan beberapa maklumat atau aktiviti kepada LPHS seperti berikut :
- Laporan projek yang mengandungi statistik jualan;
- Salinan keratan akhbar- akhbar tempatan termasuklah akhbar Selangorkini, majalah, portal (website) yang mempromosikan hartanah-hartanah milik pemaju;
- Salinan Sijil Perakuan Arkitek yang menunjukkan kemajuan projek di tapak;
- Menyertai pameran hartanah Bumiputera yang dianjurkan sama ada oleh LPHS atau pihak swasta.
- Selain itu, pemaju perlu terlebih dahulu menjual kesemua unit-unit hartanah kuota bukan Bumiputera sebelum boleh memohon untuk pelepasan kuota Bumiputera