Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
119) KUOTA BINGKAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada penambahan kuota BINGKAS untuk setiap DUN?
Kerajaan Negeri telah menaikkan sebanyak 5,000 kuota baharu bagi jumlah keseluruhan kuota Program BINGKAS kepada 30,000 penerima berbanding kuota bagi Program KISS sebelum ini sebanyak 25,000 penerima. Pecahan kuota bagi setiap DUN adalah ditetapkan berdasarkan jumlah terkini pengundi di kawasan DUN mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diwartakan pada 17 Januari 2022. Pembahagian kuota adalah seperti berikut: –
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi bawah 50,000 pengundi akan menerima sebanyak 337 kuota penerima;
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 50,001 hingga 75,000 pengundi akan menerima sebanyak 506 kuota penerima;
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 75,001 hingga 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 674 kuota penerima; dan
- DUN yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 843 kuota penerima.
Sehubungan itu, dengan pertambahan kuota baharu sebanyak 5,000 penerima, Kerajaan Negeri pada ketika ini masih mengekalkan kuota semasa bagi program BINGKAS.
Nota Tambahan:
Kuota Penerima Program BINGKAS Mengikut Pecahan Bilangan Pengundi DUN
Bil Kategori pengundi Bil DUN *
29,500 Penerima
Jumlah Penerima
Kuota Penerima Per DUN
1 Pengundi bawah 50k 18
6069
337
2 Pengundi 50k-75k 18
9103
506
3 Pengundi 75k-100k 15
10114
674
4 Pengundi atas 100k 5
4214
843
5 Kuota EXCO Kebajikan Masyarakat –
500
–
Jumlah
56
30,000