Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

102) KUOTA 30% WANITA DI JABATAN ATAU AGENSI KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri ada memperuntukan sebarang jenis kuota jantina (contoh : 30% kuota wanita) di bawah mana-mana jabatan, agensi atau portfolio di bawah Kerajaan Negeri Selangor ?

    Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini tidak memperuntukkan sebarang kuota  jantina di bawah mana-mana jabatan, agensi atau portfolio di bawah Kerajaan   Negeri Selangor. Berdasarkan data perjawatan semasa, sehingga 9 November 2021 sejumlah 41% daripada keseluruhan kakitangan dan pegawai merupakan   pegawai dan kakitangan wanita di agensi dan jabatan di bawah Pentadbiran       SUK Selangor. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 28% terdiri daripada pegawai  wanita yang terlibat sebagai pembuat keputusan iaitu bagi gred 52 dan ke atas.   Bagi semua kategori lantikan, pengambilan kakitangan adalah berdasarkan keperluan jabatan dan juga kompetensi mereka.

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menaikkan prestasi kepimpinan wanita di bawah Negeri Selangor?

    Pentadbiran ini sentiasa menilai dan melihat kebolehupayaan, prestasi dan  kompetensi seseorang pegawai bagi menjawat jawatan tinggi dan  berkepentingan yang melibatkan dasar dan pembuat keputusan. Jika seseorang pegawai itu berprestasi tinggi dan mempunyai kepimpinan dan kompetensi maka  pentadbiran ini akan melantik pegawai tersebut tanpa sebarang diskriminasi             kepada jantina bagi menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan di jabatan/agensi  di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Ini turut merangkumi  Pentadbiran Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun  Negeri. Berdasarkan data perjawatan semasa terdapat dua(2) Pegawai Daerah   wanita dan seorang (1) Yang Dipertua wanita selain jawatan sebagai Ketua           Bahagian di Jabatan/Agensi Negeri.

     

    Selain itu, inisiatif yang diberikan oleh   Kerajaan Persekutuan di dalam Bajet 2022 juga jelas mengangkat dan      mengupayakan kemampuan wanita sebagai daya penggerak utama produktiviti, ekonomi dan kepimpinan.

Lampiran

Tiada Lampiran.