Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

262) KUNCI AIR TELOK GADONG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah JPS akan menaik taraf pam yang sedia ada di kunci air Telok Gadong kepada "screw pump"?

    Air dari Sungai Gadong mengalir keluar ke Sungai Klang melalui Kunci Air Telok Gadong. Keluasan kawasan tadahan bagi Sungai Teluk Gadong adalah sekitar 970 hektar yang padat dengan kawasan kediaman dan pusat komersial. Tiga (3) unit pam bergerak berkapasiti 60 cusec (ft3/s) telah ditempatkan di Kunci Air Telok Gadong. Bagi memastikan kelancaran pengoperasian Kunci Air Telok Gadong, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem mekanikal Kunci Air Telok Gadong.

     

    Terkini, Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia dan JPS Negeri Selangor telah memperuntukkan kos sebanyak RM44 juta untuk melaksanakan Projek Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Daerah Klang, Selangor secara Reka dan Bina menerusi skop pembinaan komponen hidromekanikal sistem pam yang melibatkan tujuh (7) lokasi di Daerah Klang. 7 lokasi tersebut akan ditentukan berdasarkan hasil kajian dan reka bentuk terperinci. Kunci air Telok Gadong ini telah dimasukkan di dalam 7 lokasi berkenaan. Pemilihan jenis pam sama ada Pam Selam atau Pam Skru akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal berdasarkan cadangan kontraktor yang akan dilantik nanti. Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.