Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
265) KUNCI AIR KRITIKAL DI PELABUHAN KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menaiktaraf semua kunci-kunci air sedia ada termasuklah di Kampung Pendamar?
Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS telah membuat perancangan untuk menaiktaraf pintu air dan kunci air sedia ada secara berperingkat. Daripada jumlah 11 struktur pintu air dan kunci air sedia ada di DUN Pelabuhan Klang, 2 struktur pintu air sedia ada seperti berikut akan dinaiktaraf melalui projek RMKe-12 secara berperingkat sehingga tahun 2025:-
(i) Pintu Air Sg. Kembong, Pulau Indah
(ii) Pintu Air Kg. Sungai Pinang, Pulau IndahManakala, 2 struktur pintu air baru dijangka akan dibina di DUN Pelabuhan Klang sehingga tahun 2025 iaitu:-
(i) Pintu Air di saluran keluar Perkampungan Nelayan, Telok Gong
(ii) Pintu Air di saluran keluar dari Kawasan Perindustrian, Telok GongSelain itu, kerja penyelenggaraan ‘flapgate’ di Kampung Pendamar akan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan ‘flapgate’ tersebut dapat berfungsi pada tahap yang optima.
-
Berapakah jumlah kunci air dan 'flap gate' yang berfungsi dan tidak berfungsi di Pelabuhan Klang?
11 buah struktur pintu air dan kunci air sedia ada di DUN Pelabuhan Klang dapat berfungsi dengan baik.