Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

274) KUMPULAN SEMESTA – SUMBANGAN UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang dasar baru/berubah berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran SEMESTA sejak ianya di tubuhkan ?

    Ada

  2. Apakah dasar-dasar tersebut?

    Antara dasar baru / perubahan berkaitan pengurusan dan pentadbiran Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (“KSSB” atau “Syarikat”) adalah seperti berikut:-

    • Bukan lagi pemegang permit tunggal bagi perlombongan pasir di Selangor memandangkan pemilik lombong persendirian boleh mendapatkan permit tanpa melalui KSSB;
    • Menambah pendapatan hasil daripada pelbagai mineral lain selain daripada pasir antaranya tanah beban, tanah liat, tanah merah, kuari, timah dan emas;
    • Menawarkan perkhidmatan profesional berkaitan perlombongan termasuk penyediaan skim, Environmental Impact Assessment (EIA), Environmental Monitoring Report (EMR), Environmental Management Plan (EMP) dan lain-lain;
    • Sebuah organisasi yang berorientasikan kualiti dengan pensijilan ISO9001:2015 (Quality Management Syatem);
    • Perluasan perniagaan bukan terhad di Selangor sahaja; dan
    • Pengkomersilan perniagaan perlombongan yang lebih berintegriti melalui pembangunan kepakaran bidang IT antaranya sistem smart doket untuk kegunaan tapak perlombongan dan kuari di seluruh Selangor.
  3. Berapakah jumlah sumbangan untuk kebajikan rakyat yang telah di salurkan untuk tahun 2019 dan 7 tahun yang lalu (2012-2018) ?

    Jumlah sumbangan untuk kebajikan rakyat yang telah disalurkan sejak tahun 2012 sehingga Jun 2019 adalah seperti berikut:-

     

    TAHUN 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Jun-19 JUMLAH
    DIVIDEN 6.0 15.0 10.7 7.2 38.9
    ROYALTI PTD 11.5 13.3 17.3 15.1 11.8 16.4 15.8 9.5 110.7
    SUMBANGAN KEPADA KERAJAAN NEGERI 6.4 1.9 2.0 7.7 3.6 1.6 1.7 3.0 27.9
    TRIBUTE TUAN TANAH 2.9 3.0 6.0 6.8 2.2 1.9 5.6 5.9 34.3
    HORAS 600 40.0 69.0 42.0 32.0 20.3 0.0 203.3
    KOLAM ABBAS 1.5 0.8 1.5 1.3 5.1
    ZAKAT PERNIAGAAN 0.5 0.4 0.3 0.5 0.7 0.7 0.6 3.7
    CUKAI KORPORAT DIBAYAR 3.6 3.3 8.9 7.5 4.3 0.9 0.5 29.0
    JUMLAH 30.9 38.4 86.0 115.3 65.9 52.6 44.9 18.9 452.9

Lampiran

Tiada Lampiran.