Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
36) KUMPULAN SEMESTA SENDIRIAN BERHAD (KSSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan butiran terperinci jumlah keuntungan KSSB pada tahun 2014?
Untung sebelum cukai dan zakat KSSB untuk tahun 2014 berdasarkan akaun pengurusan yang sedang diaudit adalah RM37.21juta.
-
Berapakah royalti pasir yang dibayar kepada kerajaan negeri pada tahun 2014 oleh KSSB?
Royalti pasir yang telah dibayar oleh KSSB pada tahun 2014 kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah/Daerah yang berkenaan adalah RM15.19juta.