Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
94) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah pemilihan dan pelantikan Ahli Lembaga dan pengurusan KSSB dilakukan?
Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KSSB dikelolakan oleh Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) mengikut proses-proses dan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh MBI dan juga Kerajaan
Lantikan kakitangan pengurusan KSSB pula dijalankan dengan mengikuti prosedur dalaman di mana proses lantikan.
-
Apakah syarat kelayakan kontraktor yang dilantik untuk menguruskan operasi perlombongan, pengangkutan dan penjualan pasir?
Tatacara lantikan kontraktor untuk melombong pasir bagi Lombong GLC adalah melalui tender terbuka. Lantikan kontraktor untuk kerja-kerja cucigali sungai pula adalah melalui sebutharga terbuka. Prosedur berkenaan tender dan sebutharga digunapakai dalam penilaian setiap lantikan kontraktor bagi semua tender dan sebutharga yang diadakan. Kriteria pemilihan kontraktor adalah mengikut harga tawaran dan kemampuan kontraktor tersebut.
KSSB tidak melantik kontraktor untuk mengangkut pasir bagi pihaknya. Pelanggan-pelanggan yang berminat untuk membeli pasir dari KSSB menyediakan pengangkutan mereka sendiri.
Jualan pasir dibuat secara terbuka di setiap lombong KSSB. Mana-mana pihak yang berminat untuk membeli pasir boleh membuka akaun dengan KSSB dan membeli terus di lokasi lombong pilihan mereka pada harga yang ditetapkan. Jualan secara tunai juga dibenarkan di setiap lombong KSSB.
-
Bagaimanakah pengagihan keuntungan KSSB dilakukan?
Keuntungan KSSB disalurkan melalui kaedah-kaedah berikut untuk rakyat;
- Dividen tahunan kepada MBI yang boleh digunakan oleh MBI untuk program-program yang dikelolakan oleh
- Sumbangan kepada program-program Kerajaan
- Sumbangan terus di bawah program-program Tanggungjawab Sosial Koperat.