Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
305) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD (KSSB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan kedudukan kewangan terkini KSSB?
- Kedudukan kewangan terkini KSSB adalah seperti berikut:
Tahun 2015 (RM’ Juta)
Pendapatan 114.69 Keuntungan Operasi 25.85 Aset Bersih 46.41 -
Sila nyatakan berapakah jumlah royalti pasir yang dibayar oleh KSSB kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak penubuhannya?
Jumlah royalti pasir yang dibayar oleh KSSB sejak penubuhannya:
Tahun (RM’Juta) 2008 0.53 2009 5.11 2010 10.80 2011 16.00 2012 10.33 2013 14.12 2014 15.74 2015 20.55 Sehingga Feb 2016 2.99 Jumlah 96.17 -
Sila nyatakan selain pasir, apakah KSSB bersedia menerokai perlombongan bauksit bagi menjana hasil tambahan?
Visi Syarikat adalah untuk mengoptimumkan pendapatan pemegang saham iaitu MBI, antara lain termasuk meneroka bidang-bidang mineral lain selain daripada pasir, bergantung kepada polisi dari Kerajaan
Syarikat menitik beratkan pematuhan kepada kualiti alam sekitar di dalam aktiviti perniagaan. Antara lain membuat kajian tentang pengurusan perlombongan dan pengangkutan bauksit seperti menyediakan bag jumbo bagi mengelakkan pencemaran di jalan raya.
Sekiranya perlombongan bauksit dibenarkan dan kandungan ‘reserve’ yang memadai, pihak Syarikat juga bersedia berhubung dengan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) untuk menjemput syarikat yang boleh melabur untuk membina kilang ‘smelting’ untuk memproses bauksit yang dikeluarkan.