Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
297) KUMPULAN SEMESTA S/B (KSSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan kedudukan kewangan terkini KSSB?
Berdasarkan akaun pengurusan yang sedang diaudit, kedudukan kewangan KSSB pada 31/12/2014 adalah seperti berikut;
Perkara Jumlah (RM juta) Jualan 117.96 Untung Sebelum Cukai & Zakat 37.11 Cukai & Zakat 9.70 Untung Selepas Cukai & Zakat 27.41 Aset Jumlah (RM) Tunai Di Tangan & Di Bank 4.32 Pelaburan Jangka Pendek & Simpanan Tetap 29.00 Aset Bukan Tunai 32.52 Jumlah 65.84 -
Sila nyatakan berapakah jumlah royalti pasir yang dibayar oleh KSSB kepada KNS dari 2010-2014?
Jumlah royalti pasir yang telah dibayar oleh KSSB kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti berikut;
Tahun 2010 2011 2012 2013 2014 Jumlah (RM) Jumlah (RM) 10,796,497 16,008,606 10,326,277 14,119,995 15,191,489 72,100,766 -
Sila senaraikan Nama Ð nama Ahli Lembaga Pengarah KSSB dari 2010-2014 dan gaji ,elaun serta kemudahan yang dinikmati?
Merujuk kepada Sidang Dewan yang terdahulu, maklumat berkenaan pengajian dan emolumen tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu. Ianya adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Walau bagaimanapun, Y.B. Ahli Dewan Negeri Selangor boleh memohon terus secara bertulis kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor atau kepada Setiausaha Dewan sekiranya memerlukan maklumat yang berkenaan. Jawapan hanya akan diberikan kepada Y.B. Ahli Dewan yang bertanya sahaja dan harus diingatkan bahawa penerima maklumat mestilah bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta 709