Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

111) KUMPULAN SEMESTA S/B

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara terperinci bilakah Kumpulan Semester S/B ditubuhkan dan apakah matlamat utama penubuhan tersebut?

    Kumpulan Semester S/B ditubuhkan pada 26 Jun 2008 dan telah memulakan operasi
    pengeluaran pasir pada 11 September 2008.
    Matlamat utama penubuhan adalah sebagai alternatif mendapatkan sumber hasil yang
    lain melalui aktiviti mengekstrak sumber-sumber mineral, pasir dan bahan batuan di
    dalam Negeri Selangor. Hasil daripada aktiviti ini dapat mengurangkan beban
    kewangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan dasar program “Merakyatkan Ekonomi
    Selangor” (MES). Ianya adalah sebahagian daripada dasar program MES.

  2. Sila nyatakan nama ketua pengarah dan seluruh lembaga pengarah yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan huraikan latar belakang mereka secara terperinci?

    Ketua Pengarah (Pengarah Eksekutif) Kumpulan Semester S/B ialah Tuan Ir. Ramli Bin
    Abd. Majed.
    Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik untuk Kumpulan Semester S/B ialah
    Bil Nama Pekerjaan
    1. YB Dato’ Mohd Arif Bin Ab. Rahman Pegawai Kewangan Negeri
    2. Tuan Haji Abdul Shukor Bin Nagor Pengarah Syarikat
    3. Tuan Ir. Ramli Bin Abd Majed Pengarah Syarikat

  3. Sila nyatakan adakah dengan penubuhan Kumpulan Semester S/B ini dapat menyelesaikan dan mengurangkan masalah kegiatan mencuri pasir yang berlaku secara berleluasa sebelum ini?

    Penubuhan Kumpulan Semester S/B dijangka akan dapat menyelesaikan dan
    mengurangkan masalah kegiatan mencuri pasir yang berlaku secara berleluasa
    sebelum ini kerana;
    i. Permit untuk mengeluarkan pasir dari tapak milik Kerajaan Negeri Selangor,
    Badan Berkanun Negeri Selangor dan anak syarikat milik Negeri Selangor hanya
    akan dikeluarkan kepada Kumpulan Semester S/B sahaja di mana ini dapat
    membantu pihak penguatkuasaan.
    ii. Kumpulan Semester S/B akan menyumbang dan memainkan peranan kepada
    penguatkuasa bagi mempertingkatkan lagi usaha mengurang dan seterusnya
    menyelesaikan masalah kegiatan mencuri pasir yang berlaku secara berleluasa
    sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.