Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

282) KUMPULAN PERANGSANG (KPS)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kedudukan kewangan terkini KPS?

    Kedudukan kewangan syarikat KPS bagi tempoh berakhir 30 Jun 2014 adalah seperti berikut:-

     

     

    Akaun

    Peringkat Kumpulan

    (RM’000)

    Peringkat Syarikat

    (RM’000)

    Keuntungan / Kerugian

    selepas cukai

     

    60,783

     

    (4,419)

    Dana Pemegang Saham 1,134,117 704,754
  2. Sila nyatakan senaraikan aktiviti dan pelaburan utama yang diceburi oleh KPS?

    Senarai aktiviti dan pelaburan utama yang diceburi oleh KPS adalah seperti berikut:

    1.Infrastruktur dan Utiliti

    KPS memegang kepentingan strategik dalam syarikat-syarikat air, seperti Konsortium ABASS Sdn Bhd melalui anak syarikat 90.83% dimiliki, Titisan Modal (M) Sdn Bhd dan kepentingan saham sebanyak 30% di dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad melalui anak syarikat milik penuh, Viable Chip (M) Sdn Bhd.

    KPS juga mempunyai pelaburan dalam infrastruktur seperti 20% kepentingan ekuiti dalam lebuh raya SPRINT dan 30% kepentingan ekuiti dalam KPS-HCM Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam penyelenggaraan jalan dan pembaikan bagi negeri Selangor.

    2. Hospitaliti dan Rekreasi

    Di dalam bidang hospitaliti dan rekreasi, KPS memiliki dan menguruskan Quality Hotel City Centre (QHCC) dan Brisdale International Hotel (BIH).

     

    3.Minyak dan Gas

    KPS melalui anak syarikat milik penuhnya, Perangsang Oil and Gas Sdn Bhd memegang 40% kepentingan ekuiti dalam NGC Energy Sdn Bhd (“NGC”) , satu usaha sama antara Perangsang Selangor dan Syarikat Gas Nasional, Oman. NGC terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran Liquefied Petroleum Gas (“LPG”) untuk sektor perdagangan dalam negeri di bawah nama “Mira” dan juga kepada sektor industri dan komersil.

    4. Telekomunikasi

    KPS melalui anak syarikat milik penuhnya, Perangsang Telco Sdn Bhd, memegang 30% pegangan ekuiti di dalam Ceres Telecom Sdn Bhd (“Ceres”). Ceres, merupakan satu kerjasama antara KPS dan Virgin Mobile MEA, memberikan perkhidmatan telefon mudah alih prabayar dan data mudah alih. Ceres melancarkan perkhidmatan mudah alih prabayar yang pertama di bawah jenama mudah alih Friendi pada pertengahan bulan September 2013.

  3. Sila senaraikan Nama-nama Ahli Lembaga Pengarah KPS dan nyatakan nama Ketua Biro Agama serta semua gaji, elaun dan kemudahan lain yang diperolehi ?

    1. Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

     

    KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD
     

     

    Pengarah

    Yuran Pengarah

    (RM)

    Elaun Mesyuarat

    (RM)

    Perjalanan Percutian

    (RM)

    YM Raja Idris Raja Kamarudin 70,000.00 3,000.00 50,000.00
    Encik Suhaimi bin

    Kamaralzaman

    YB Dato’ Kamarul Baharin bin

    Abbas

    55,000.00 2,000.00 35,000.00
    YB Sivarasa a/l Rasiah 55,000.00 2,000.00 35,000.00
    Encik Mustaffa Kamil bin Ayub 55,000.00 2,000.00 35,000.00
    YBhg Dato’ Dr. Mohamed

    Ariffin bin Aton

    55,000.00 2,000.00 35,000.00
    Encik Rosely @ Mohamed

    Ross bin Mohd Din

    55,000.00 2,000.00 35,000.00
    YBhg Dato’ Idris bin Mohd

    Tahir

    55,000.00 2,000.00 35,000.00
    *Elaun mesyuarat dibayar pada setiap mesyuarat yang dihadiri  

     

    Nota:

    • Sejak Polisi Pengarah Bekerja dikuatkuasakan mulai 28 Jun 2011, Pengarah yang memegang jawatan “Pengarah Bekerja” tidak layak menerima yuran pengarah, elaun mesyuarat dan perjalanan

Lampiran

Tiada Lampiran.