Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
132) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan lembaga pengarah kumpulan serta anak syarikatnya di bawah kepimpinan kerajaan negeri yang baharu?
Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) masih mengekalkan lembaga pengarah yang sedia ada, manakala di peringkat pengurusan, rombakan telah dilakukan di mana saiz kumpulan pengurusan di peringkat Kumpulan (KHSB) telah di kecilkan, sejajar dengan pelaksanaan pelan penstrukturan semula KHSB pada awal tahun 2015.
-
Apakah hala tuju dan strategi KHSB untuk masa hadapan selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu?
KHSB masih mengekalkan hala tuju syarikat sebagai pemaju hartanah di Negeri Selangor. Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak KHSB telah menggariskan beberapa strategi utama. antara lain seperti mengenalpasti tanah-tanah milik kerajaan atau swasta yang berpotensi untuk dibangunkan, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah berkaitan perumahan dan komersial secara berterusan.