Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

218) KUMPULAN DARUL EHSAN (KDEB)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kontraktor yang melapor kepada KDEB?

    Jumlah kontraktor yang melapor kepada KDEBWM, sehingga kini, terdapat 1099 kontraktor di bawah naungan KDEBWM yang merangkumi 510 kontraktor kutipan sisa domestik, 579 kontraktor pembersihan awam, 7 kontraktor kutipan sisa domestik kampung tradisi, 2 kontraktor pembersihan awam pantai dan 1 kontraktor pembersihan awam pejalan kaki. Kontrak kutipan sisa domestik dan pembersihan awam adalah di kesemua 12 PBT di negeri Selangor manakala bagi kontrak kutipan sisa domestik kampung tradisi adalah di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) (4 kontraktor), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) (1 kontraktor) dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) (2 kontraktor). Bagi kontrak pembersihan awam pantai dan pembersihan awam pejalan kaki pula, kedua-duanya adalah di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

  2. Apakah pecahan kontraktor mengikut DUN?

    Berkenaan dengan pecahan kontraktor mengikut DUN, perlu diperjelaskan di sini bahawa kontrak KDEBWM adalah berdasarkan PBT dan bukan mengikut DUN. Pecahan kontraktor mengikut PBT adalah seperti berikut:

    Saya berpandangan bahawa soalan pecahan kontraktor mengikut DUN adalah lebih sesuai diajukan secara bertulis kerana pecahan lengkap kesemua 1099 kontraktor mengikut 56 DUN di Selangor boleh diberikan. Jika dikemukakan secara lisan, sudah pastinya ia mengambil masa yang panjang untuk dibacakan dan akan melambatkan aturan urusan mesyuarat yang lain. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan Yang Berhormat Bandar Baru Klang, di kawasan DUN Yang Berhormat, terdapat 9 kontraktor kutipan domestik dan 12 kontraktor pembersihan awam yang kesemuanya diuruskan oleh KDEBWM.

  3. Adakah cadangan untuk melantik semua kerja pembersihan di PBT pindah ke KDEB?

    Untuk soalan sama ada terdapat cadangan untuk melantik KDEBWM bagi menguruskan semua kerja-kerja pembersihan di PBT, sememangnya KDEBWM kini menguruskan semua kerja-kerja pembersihan awam di kesemua 12 PBT di negeri Selangor. Skop perkhidmatan standard pembersihan awam yang kebiasaannya diserahkan oleh PBT kepada KDEBWM adalah sapuan jalan kawasan komersial, pembersihan longkang berkelebaran tidak melebihi 1.5 meter, pemotongan rumput dan kutipan sampah pukal. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa skop pembersihan awam di PBT yang tidak diberikan sepenuhnya kepada KDEBWM. Sebagai contoh, ada PBT yang tidak menyerahkan skop pembersihan awam di jalan persiaran, pembersihan longkang monsun dan taman permainan kepada KDEBWM.

    Walaubagaimanapun, berikutan keputusan Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk menandatangani Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Kerajaan Negeri secara dasarnya masih memperhalusi cadangan untuk menyerahkan semua skop pembersihan awam yang kini sebahagiannya dilaksanakan sendiri oleh PBT kepada syarikat konsesi kelak tertakluk kepada hasil proses usaha wajar atau due diligence bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Negara (SWCorp) yang masih berlangsung.

Lampiran

Tiada Lampiran.