Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

173) KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kedudukan keuntungan atau kerugian semua anak syarikat KDEB bagi tahun 2008 dan 2009 ?

    SYARIKAT : KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD

    PERKARA : KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SYARIKAT KDEB DAN ANAK-ANAK SYARIKAT SELEPAS CUKAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2008 DAN 2009

     

     

     

     

     

    SYARIKAT

    [ —–BELUM AUDIT —–

    — ]

    [ —–TELAH AUDIT ——

    ]

    KUMPULAN

    2009

    RM’ 000

    SYARIKAT

    2009

    RM’ 000

    KUMPULAN

    2008

    RM’ 000

    SYARIKAT

    2008

    RM’ 000

     

     

    Kump. Darul Ehsan Berhad

     

     

    5,197

     

     

    (126,619)

     

     

    (119,069)

     

     

    33,105

    Kump. Perangsang Selangor Berhad 125,885 (139,277) 23,726 (25,759)
    Kump. Hartanah Selangor Berhad 25,076 (99,898) (35,321) 8
    Cash Band Berhad (PTGC) (2,931) (1,078) 5,346 (54)
    Quality Hotel City Centre 391 541
    Quality Hotel Shah Alam 159 282
    Central Spectrum Sdn Bhd 38,940 19,073
  2. Sila nyatakan apakah peranan utama syarikat KDEB dalam proses rundingan penstrukturan air di Negeri Selangor ?

    1. KDEB telah memainkan peranan penting sebagai pemangkin (catalyst) dalam cadangan penstrukturan industri air di Selangor sejak penggubalan Akta Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006 yang bertujuan untuk menstrukturkan semula serta penggabungan industri air dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2006 yang bertujuan untuk mengawal selia industri perkhidmatan air negara. KDEB pada pertengahan tahun 2007 telah mengemukakan model kewangan (financial model) bagi cadangan penggabungan industri air ini kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan

     

    Beberapa siri perundingan antara KDEB dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah dibuat berkaitan cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta mekanisme pembiayaannya. Selaras dengan cadangan penstrukturan air ini, Kerajaan Persekutuan melalui Jemaah Menteri pada 16 Januari 2008 telah meluluskan pelaksanaan penggabungan industri air secara holistik di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan  Putrajaya  yang akan diterajui oleh KDEB.

     

    Ketika ini perundingan penstrukturan semula industri air sedang berjalan  dan  telah  dibuat secara bersama antara KDEB, Kerajaan Negeri Selangor, Panel Penilai Air Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dan empat (4) syarikat konsesi air (Puncak Niaga, Syabas, Splash dan Abass). KDEB sentiasa memberi input dan maklumat kewangan  kepada  Kerajaan  Negeri Selangor dari masa ke masa bagi membantu proses memuktamadkan perundingan tersebut untuk kepentingan semua rakyat.

  3. Sila senaraikan secara terperinci kesemua Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat KDEB pada mutakhir ini ?

    SENARAI AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD

     

     

    1. YAB Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim
    2. YBhg Dato’ Haji Abd Karim Munisar
    3. YB Dato’ Ramli Mahmud
    4. YB Dato’ Mohd Ariff Ab Rahman

     

    SENARAI AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD

     

    1. YBhg Dato’ Hj Abd Karim Munisar
    2. YBhg Dato’ Azlan Bin Hashim
    3. YBhg Dato’ Hj Abd Halim Mohyiddin
    4. Encik Mustaffa Kamal Ayub
    5. Encik Arthur Wong Yien Kim

     

     

     

     

     

    SENARAI AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD

     

    1. YBhg Dato’ Hj Abd Karim Munisar
    2. Encik Arthur Wong Yien Kim

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.