Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

75) KUIL SRI SUBRAMANIAR PJS7/13

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan maklumbalas terkini, Permohonan Batal Warta Kawasan Lapang di Jalan PJS7/13 bagi kegunaan rumah ibadat bukan Islam (Kuil Sri Subramaniam) telah disiarkan melalui Warta No. 3202/2019. MBSJ dan PDTP juga telah putus bahawa kawasan lapang akan dimasukkan dalam kawasan pemajuan Kinaramas di PJS 9 sebagai penggantian. Nyatakan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk merealisaikan perkara tersebut?

    MBSJ telah meluluskan permohonan Kebenaran Merancang secara dasar bagi pemajuan di atas Lot 64681, Jalan PJS 9, Bandar Sunway kepada pihak Kiranamaz Property  Sdn Bhd. Pada 4 September 2023. Penggantian tapak kawasan lapang seluas 0.5 ekar telah disyaratkan dalam pemajuan tersebut.

    PDT Petaling akan memproses permohonan perizaban tanah Kerajaan sebaik menerima permohonan rasmi daripada pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya.

  2. Sila nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengazet tanah PJS7/13 sebagai tanah rumah ibadat bukan Islam dan status terkini.

    Selaras dengan Rancangan Tempatan Subang Jaya, 2035 (Pengubahan I), MBSJ akan mengambil inisiatif untuk mewartakan sebahagian kemudahan kawasan lapang untuk tujuan kegunaan penduduk. Sementara itu, tapak rumah ibadat bukan Islam (kuil) akan ditukar zon guna tanah daripada sebahagian kawasan laoang kepada tapak kuil.

     

    PDT Petaling telah mengangkat semula kertas pertimbangan kelulusan  perizaban bersama Pelan Akui kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) pada 20 Fabruari 2024 bagi urusan kelulusan perizaban di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Selanjutnya, sebaik mendapat kelulusan perizaban pihak PTGS akan kemukakan kertas pertimbangan kepada pihak Kamar Undang-Undang Negeri Selangor bagi tujuan penyediaan draft warta. Draft warta yang telah disemak dan ditandatangani akan dihantar ke Percetakan Nasional Berhad untuk dicetak dan dibuat siaran di dalam warta Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.