Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

150) KUIL SIVAN DI BUKIT GASING

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kuil terkini berkenaan keselamatan dan geran tanah (land title)?

    Untuk makluman, permohonan bagi tapak Kuil Sivan di Bukit Gasing masih di dalam
    tindakan oleh Pentadbiran ini untuk menyediakan kertas Ringkasan bagi mendapatkan
    perakuan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor.
    Dimaklumkan juga, kawasan yang dipohon telah diwartakan sebagai kawasan hijau
    (G.N.807-67) kerana tapak yang dipohon merupakan kawasan yang berbukit (tanah
    tinggi). Seperti mana ulasan daripada Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah
    Persekutuan, kawasan ini dikategorikan sebagai Kelas III dan Kelas IV di mana
    sebarang cadangan mengekalkan kawasan tersebut sebagai kawasan hijau dan tidak
    dibangunkan kecuali untuk kerja-kerja penyelenggaraan adalah amat dialu-alukan. Ia
    adalah selaras dengan polisi Kerajaan Negeri Selangor untuk tidak membenarkan
    sebarang pembangunan di kawasan Kelas III dan Kelas IV.

  2. Bilakah kuil tersebut akan mula beroperasi?

    Tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.