Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
271) KUIL SIVAN BUKIT GASING
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila butirkan status permohonan pewartaan tanah untuk Kuil Sivan Bukit Gasing di Petaling Jaya
Adalah dimaklumkan bahawa pentadbiran ini telah menerima Cabutan Kertas Minit Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 20 Ogos 2014 kertas EXCO MTES 6/25/2014 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 32/2014 pada 25 Ogos 2014 di mana Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menimbang dan meluluskan seperti mana berikut :
- Bersetuju seluas 5000 kaki persegi (saiz keluasan tapak banglo) diluluskan untuk pewartaan sebagai Tapak Kuil Sivan Bukit Gasing. Kawasan lain dikekalkan sebagai Kawasan Lapang. Keputusan hendaklah dimaklumkan kepada penduduk dan pihak-pihak berkepentingan . Kawasan lapang ini hendaklah dibina parit dan pagar;
- Supaya semua Pemegang Amanah Kuil menandatangani Guarantee Letter kepada Kerajaan Negeri bahawa mereka tidak akan membesarkan bangunan kuil melebihi 5000 kaki persegi. Binaan yang melebihi 5000 kaki persegi kaki persegi adalah di atas liabiliti individu ahli pemegang amanah tersebut; dan
- Pendengaran awam dan proses pewartaan hendaklah diteruskan. Berdasarkan keputusan tersebut pentadbiran ini telah memaklumkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada Persatuan Penganut Kuil Sivan Bukit Gasing melalui surat bertarikh 13 Oktober Di dalam surat makluman tersebut pemohon juga dipohon untuk mengemukakan pelan ukur yang baru berdasarkan keluasan 5000 kaki persegi yang telah diluluskan bagi tujuan pewartaan. Namun sehingga kini Pentadbiran ini masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak kuil tersebut.
Merujuk kepada Minit Mesyuarat Berhubung Pembatalan Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 807 Bertarikh 23 November 1961 sebagai Tapak kawasan Hijau (Green Belt) di Lot 4575 Seksyen 5, Bandar Petaling Jaya Daerah Petaling Di Bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 yang diadakan pada 22 September 2014 yang lalu ,antaranya telah diputuskan bahawa :
- proses pewartaan kuil akan dimulakan selepas Warta Pembatalan Rizab Kawasan Hijau dilaksana dan diselesaikan oleh PTG
- pihak MBPJ perlu mengadakan satu Pendengaran Awam seperti mana yang diputuskan oleh MMKN
- MBPJ juga dipohon untuk mengemukakan guarantee letter kepada pihak kuil apabila pihak kuil membuat binaan Kuil Sivan Bukit Gasing tersebut.
Sehubungan dengan itu, Pentadbiran ini akan meneruskan proses pewartaan kuil selepas selesai proses Warta Pembatalan Kawasan Hijau oleh PTG dan selesai Pendengaran Awam oleh MBPJ
-
Juga beri kronologi setiap langkah permohonan ini.
Sila rujuk Lampiran
LAMPIRAN A
KRONOLOGI
PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN DAN PEWARTAAN TANAH KERAJAAN DIBAWAH SEKSYEN 62 KANUN TANAH NEGARA BAGI TUJUAN KEGUNAAN AWAM SEBAGAI TAPAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (KUIL ) SELUAS LEBIH KURANG 9174 MP (2.267 EKAR) LOT 4575, SEKSYEN 5, BANDAR PETALING JAYA
TARIKH PERKARA 31 Okt. 2008 Terima permohonan Pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 KTN oleh Board Of Trustees Siva Temple Registered. Tapak telah diwartakan untuk kegunaan awam sebagai Kawasan Hijau(Green Belt) mengikut warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 9 Nov. 1961 (GN 807 – 61 ).
2 Dis. 2008 Ulasan daripada JKR Petaling tiada apa-apa halangan 5 Dis. 2008 Ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor tiada halangan 31 Dis. 2008 Ulasan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak menyokong permohonan
2 Mac 2010 Ulasan daripada Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan ; i) Cerun-cerun semulajadi yang masih kekal mempunyai julat kecuraman dari 30 hingga 38 (berdasarkan pelan No Pelan:WD/01). Dikategorikan sebagai Kelas III hingga IV (mengikut Garispanduan Pembangunan Kawasan Tanah
Tinggi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar)
21 Julai 2010 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor Bil 3/2010 telah menangguhkan permohonan tersebut. 1 Mac 2011 Pertikaian antara Persatuan Penganut Sivan Bukit Gasing dan Board Of Trustees Siva Temple Registered yang mempunyai hak, mengawal dan mengurus kuil telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui saman No 24-474-2011 yang telah difailkan oleh Datin Seri Indrani Samy Velu dan tiga yang lain sebagai ahli Board Of Trustees Siva Temple Registered.
20 Jun 2011 Permohonan Pewartaan tanah dibawah Seksyen 62 KTN dikemukakan oleh Persatuan Penganut Sivan Bukit Gasing. 19 Dis. 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor Bil 5/2011 telah menyokong permohonan pewartaan kepada Persatuan Penganut Sivan Bukit Gasing seluas lebih kurang 2.6 ekar dengan syarat pemohon diarahkan untuk merobohkan sendiri bangunan yang dibina diatas struktur yang berbahaya. Pihak pemohon hanya dibenarkan untuk membina kuil satu tingkat dan seluas 1 ekar sahaja.
27 Dis 2011 Surat Pentadbiran ini kepada Persatuan Penganut Sivan Bukit Gasing untuk merobohkan struktur kuil sediada bagi tujuan keselamatan. 25 Julai 2012 Mesyuarat EXCO MTES telah diadakan bagi memberi penjelasan mengenai kuil tersebut. 19 Ogos 2013 Kertas Ringkasan permohonan Pemberimilikan dan Pewartaan Tanah oleh Persatuan Penganut Sivan Bukit Gasing dan Board Of Trustees Siva Temple Registered di kemukakan kepada PTG Selangor 4 Oktober 2013 Surat daripada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor memohon mendapatkan ulasan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebelum kertas ringkasan di angkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 19 November 2013 Ulasan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya diterima. 25 November 2013 Kertas Ringkasan dikemukakan semula ke Pejabat Tanah Dan Galian Selangor 12 Disember 2013 Surat daripada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor memohon mengemukakan beberapa dokumen. 21 Februari 2014 Dokumen tambahan dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor. 28 April 2014 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 13/2014 yang telah diadakan pada 2 April 2014 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 14/2014 pada 23 April 2014 telah menimbang dan menangguhkan permohonan tersebut dan meminta Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengadakan pendengaran awam berhubung pembinaan kuil di atas kawasan Jajaran Hijau Bukit Gasing yang telah diwartakan semenjak tahun 1961.
5 Jun 2014 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 18/2014 yang telah diadakan pada 21 Mei 2014 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 19/2014 pada 4 Jun 2014 telah menimbang dan bersetuju dengan cadangan penyelesaian isu kuil Penganut Sivan Bukit Gasing iaitu :- i)Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah Petaling diminta mematuhi proses dan prosedur pembatalan pewartaan “Jajaran Hijau Bukit Gasing” dan mewartakan tapak tersebut sebagai kuil.
i. Notis Pengumuman pembatalan warta hendaklah diisytiharkan pada 26 Mei 2014(Isnin) dan Sesi Pendengaran Awam akan diadakan pada 29 Jun 2014(Ahad) pada jam 11.30 Pagi. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diminta mencadangkan lokasi Pendengaran Awam tersebut.
ii. Pengarah Tanah dan Galian Selangor diminta menyediakan Kertas Ringkasan MMKN berhubung hasil Pendengaran Awam tersebut seminggu selepas majlis berkenaan diadakan untuk mendapatkan keputusan
selanjutnya daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
1 Julai 2014 Kertas Ringkasan dikemukakan sekali lagi ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor 28 Ogos 2014 Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 31/2014 yang telah diadakan pada 20 Ogos 2014 dan disahkan oleh Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 32/2014 pada 25 Ogos 2014 telah menimbang dan meluluskan seperti berikut:- i) Bersetuju seluas 5,000 kaki persegi (saiz keluasan tapakbanglo) diluluskan untuk pewartaan sebagai tapak Kuil Sivan Bukit Gasing. Kawasan lain dikekalkan sebagai kawasan lapang. Keputusan hendaklah dimaklumkan kepada penduduk dan pihak-pihak yang berkepentingan. Kawasan lapang ini hendaklah dibina parit dan dipagar
ii) Supaya semua Pemegang Amanah Kuil menandatangani
guarantee letter kepada Kerajaan Negeri bahawa mereka tidak akan membesarkan bangunan kuil melebihi 5000 kaki persegi. Binaan yang melebihi 5000
kaki persegi adalah di atas liabiliti individu ahli
pemegang amanah tersebut. iii) Pendengaran awam dan proses pewartaan hendaklah diteruskan.
13 Okober 2014 Surat kelulusan dikemukakan kepada Persatuan Penganut Sivan Bukit Gasing Petaling Jaya