Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
160) KUIL-KUIL HINDU
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kuil-kuil Hindu di seluruh Negeri Selangor?
Mengikut statistik data bancian rumah-rumah ibadat selain Islam sehingga September 2010, terdapat sebanyak 981 buah kuil Hindu di Negeri Selangor dan bilangan mengikut daerah adalah seperti berikut :-
BIL. DAERAH JUMLAH KUIL 1 PETALING 122 2 KLANG 237 3 GOMBAK 123 4 SEPANG 55 5 SABAK BERNAM 4 6 KUALA LANGAT 112 7 HULU Selangor 65 8 HULU LANGAT 85 9 KUALA SELANGOR 178 JUMLAH 981 -
Berapakah jumlah kuil-kuil Hindu yang tidak memiliki hak milik tanah mereka sendiri?
Mengikut statistik data bancian rumah-rumah ibadat selain Islam sehingga September 2010, terdapat sebanyak 685 buah kuil Hindu di Negeri Selangor tidak memiliki hak milik sendiri dan bilangan mengikut daerah adalah seperti berikut :
BIL. DAERAH JUMLAH KUIL 1 PETALING 87 2 KLANG 231 3 GOMBAK 122 4 SEPANG 53 5 SABAK BERNAM 4 6 KUALA LANGAT 54 7 HULU SELANGOR 64 8 HULU LANGAT 68 9 KUALA SELANGOR 2 JUMLAH 685 -
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan dan menjamin hak milik asal hartanah bagi kesemua kuil-kuil Hindu tersebut dapat dikeluarkan?
Kerajaan Negeri akan memproses permohonan dan meluluskan pemberimilikan tanah kepada pemohon yang layak. Bagi permohonan yang tidak diluluskan, pihak Kerajaan Negeri menyarankan agar jawatankuasa kuil atau pihak persatuan mengenal pasti tanah yang bersesuaian dan seterusnya mengemukakan permohonan ke Pejabat Tanah Daerah. Selain itu, kerajaan negeri juga telah melaksanakan proses pewartaan tanah-tanah rumah ibadat selain Islam bagi memudahkan proses pemilikan tanah rumah ibadat selain Islam di Negeri Selangor.