Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
69) KUIL KOTA WARISAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pada 22hb Februari 2012 berlaku pencerobohan Kuil Maha Karumariamman Kota Warisan oleh pemaju Gema Padu Sdn. Bhd. yang telah menyebabkan ketegangan di tempat kejadian. Kerajaan negeri pernah menyatakan bahawa tidak akan ada lagi kejadian merobohkan kuil atau rumahrumah ibadat. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap pemaju yang telah menceroboh kuil tersebut tanpa notis?
Pembangunan kuil tersebut terletak di sebahagian tanah milik yang didaftarkan di bawah Syarikat Gema Padu Sdn. Bhd. yang mana syarat nyata adalah untuk kediaman. Semua tanah hakmilik adalah tertakhluk di bawah tanggungjawab pemilik tanah.
-
Apakah ganti rugi yang kerajaan negeri beri untuk membaik pulih dan jaminan kerajaan yang kuil tersebut tidak di ceroboh lagi?
Satu Mesyuarat Khas telah diadakan pada 23hb Februari 2012 bersama Pemunya Kuil, PTD Sepang, Ahli Majlis, MPSepang dan Pemaju (Gema Padu Sdn. Bhd.) bagi menangani dan membincangkan isu tersebut. Mesyuarat telah membuat ketetapan agar pihak pemaju iaitu Gema Padu Sdn. Bhd berunding dengan pemunya kuil untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan ganti rugi, pampasan dan lain-lain isu berkaitan
-
Adakah cadangan tapak kekal yang baru dan digazet jika tapak yang sedia ada tidak sesuai?
Melalui satu lawatan tapak bersama Pemunya Kuil, PTD Sepang, Ahli Majlis, MPSepang dan Pemaju (Gema Padu Sdn. Bhd.) pada 29 Februari 2012, pihak pemaju telah mengemukakan 2 tapak cadangan baru bagi memindahkan kuil sedia ada. Cadangan tapak tersebut masih dalam perundingan kedua-dua pihak di antara pihak pemaju dan pemunya/pertubuhan kuil.