Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

182) KUIL HINDU DI SEKSYEN 23, SHAH ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru isu pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23?

    JAWAPAN DARIPADA MBSA

    Pihak Majlis telah mengenal pasti tapak baru yang lebih bersesuaian di Seksyen 23, Shah Alam yang terletak di kawasan perindustrian dan jauh sedikit daripada kediaman. Beberapa siri perbincangan telah diadakan di antara YB ADUN, YB Ahli Parlimen, pihak PKNS dan pihak Majlis bersama Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 dan status terkini adalah dalam proses penyediaan pelan terperinci dan surat tawaran kepada Jawatankuasa Kuil.

     

    JAWAPAN DARIPADA PKNS

    Mesyuarat pada 16 Oktober 2009 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar. Setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa kuil memutuskan:

     

    • Kuil Seksyen 19 akan ditempatkan semula di Seksyen 23 (tapak baru)
    • Tapak seluas 20,000 kps untuk kegunaan kuil akan disediakan oleh PKNS
    • Pengesahan pelan untuk permohonan Kebenaran Merancang akan diputuskan pada 4 November 2009, jam 3.00 petang dalam perbincangan dengan Pegawai Perancang MBSA. Pada kebiasaannya kelulusan Kebenaran Merancang akan diperolehi dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh permohonan.
  2. Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk mencari satu penyelesaian terhadap masalah yang lama dipinggirkan ini?

    JAWAPAN DARIPADA MBSA

    Pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah berkaitan semua tapak kuil sedia ada yang tidak bersesuaian. Bangunan sedia ada tersebut akan dipindahkan ke kawasan yang lebih bersesuaian agar pihak komuniti yang terlibat dapat menjalankan aktiviti beribadat dengan lebih selesa tanpa sebarang gangguan.

     

    JAWAPAN DARIPADA PKNS

    Usaha-usaha yang telah diambil seperti berikut :-

    • PKNS akan berbincang dengan MBSA untuk memulakan kerja-kerja penyediaan tapak kuil lebih awal dan dijangka siap dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh mula kerja.
    • Jangkaan tapak disiapkan menjelang Mac 2010 selepas Kebenaran Merancang diperolehi.

Lampiran

Tiada Lampiran.