Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
45) KUBUR BERSEPADU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat pembinaan Tapak Kubur Bersepadu?
- Kerajaan Negeri telah mewujudkan tapak Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) yang berfungsi untuk menampung keperluan tapak perkuburan bagi pembangunan-pembangunan yang kurang 250 ekar di mana pengecualian dan caruman kubur
- Tafsiran Perkuburan Bersepadu ialah merupakan suatu pembangunan tapak perkuburan yang menempatkan tanah perkuburan Islam, Buddha, Kristian, Hindu serta lain-lain agama dan kemudahan krematorium serta kolombarium di dalam satu kawasan yang dibangunkan secara bersepadu dan terancang
- Konsep yang dibangunkan ini meliputi tanah perkuburan Islam, Buddha, Hindu dan Kristian dirancang secara bersepadu dengan pengasingan zon perkuburan mengikut
- Pembangunan Tapak Perkuburan Bersepadu ini juga hendaklah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti pejabat pentadbiran, stor perkhidmatan, surau, rumah kakitangan, kompleks pembakaran mayat (krematorium), kemudahan rumah ibadat selain Islam, kemudahan lawatan/ziarah, depot penyelenggaraan dan tempat meletak kenderaan (kereta dan bas).
- Untuk tujuan itu juga, kawasan tadahan (catchment areas) bagi setiap tapak perkuburan yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan anggaran kira-kira 45 minit perjalanan (maksimum) atau jarak lingkungan radius 30 kilometer dengan menggunakan rangkaian jalanraya atau
- Merujuk kepada Laporan Pengemaskinian Maklumat Unjuran Keperluan Perkuburan Sehingga 2060, Negeri Selangor, keperluan perkuburan Islam adalah pada kadar 71.16% dan selain Islam ialah 28.84% dengan mengambilkira unjuran jumlah penganut sehingga
- Selain itu, ia juga hendaklah selaras dengan Manual Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor seperti berikut :-
1. Perancangan Tapak i. Jarak di antara tanah perkuburan dengan kawasan perumahan terdekat hendaklah sekurang- kurangnya 40 meter. ii. Menyediakan zon pemisah di antara tanah perkuburan dan punca-punca air untuk menjamin kesihatan umum mengikut ketetapan JPS dan JMG.
iii. Jenis tanah yang paling sesuai ialah tanah terbuka jenis poros yang akan memudahkan laluan air dan udara ke semua arah. Ini akan membolehkan pereputan mayat dengan lebih cepat.
iv. Tanah perkuburan hendaklah berada sekurang- kurangnya pada paras 2.0 meter di atas paras banjir bagi tiap-tiap pusingan 100 tahun.
v. Tidak sesuai bagi kawasan banjir dan tanah runtuh, kawasan yang diancam hakisan seperti sungai dan laut, tanah yang bercerun dan tanah
paya dan jenis tanah liat.
2. Susunatur Tanah Perkuburan i. Menggunapakai sistem modul yang mengandungi 2 barisan kubur di mana satu baris terdiri daripada 20 lot kubur. ii. Setiap tanah perkuburan haruslah mengandungi sekurang-kurangnya 15 modul yang boleh memuatkan sebanyak 600 lot kubur.
iii. Menyediakan kemudahan awam termasuk tempat letak kereta, bas yang mencukupi. iv. Menyediakan kemudahan utiliti mencukupi.
v. Menyediakan sistem peredaran yang sistematik
merangkumi jalan masuk ke setiap kubur, membawa keranda dan pergerakan penggali.
3. Tadahan penduduk i. 5,000 penduduk / 1 tapak atau 2,600 penganut /1 tapak. ii. 1 tapak bermaksud tidak melebihi 0.5 hektar atau
1.2 ekar dan kawasan lot yang diliputi oleh bangunan 40% hingga 60%.
-
Nyatakan lokasi Kubur Bersepadu yang sedia ada dan yang akan dibina/jangka siap, serta bilangan lot.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sekalian, terdapat 4 tapak perkuburan awam bersepadu sedang dalam proses perancangan dan pembangunan iaitu:-
LOKASI NO. LOT KELUASAN STATUS Mukim Sepang 12338, 12339 dan 12340
25 ekar Telah selesai proses Kebenaran Merancang.
5756 400 ekar Di dalam proses pengambilan tanah oleh pihak Kerajaan Negeri.
RRIM, Mukim Sungai Buloh
2282 dan sebahagian lot 2804
74.13 ekar (Cadangan tapak perkuburan di bawah pentadbiran MBPJ adalah seluas 24.89 ekar dan MBSA
seluas 50 ekar.)
Pelan susunatur bagi keseluruhan tapak RRIM masih di
peringkat kebenaran merancang.
Mukim Hulu Semenyih 1172, 448, 1174, 504, 648, 495, 170, 547,
600, 395, 449, 296,
586, 722, 587, 552,
540, 725, 721, 588,
1690, 872, 723, 1100,
727, 726, 724, 541, 302
dan 728.
168.74 ekar Masih dalam proses pengukuran tapak melalui penyeiaan pelan persempadanan. Anggaran jumlah lot kubur yang boleh disediakan ialah pada kadar 600 lot bagi setiap 2.5