Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
265) KUBUR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kapasiti tanah perkuburan Islam dan Bukan Islam yang ada di setiap PBT?
Kapasiti tanah perkuburan Islam dan bukan Islam di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Selangor secara keseluruhan adalah seluas 4,463 ekar. Ianya merangkumi perkuburan Islam seluas 1,913 ekar, Jirat Cina seluas 1,015.032 ekar, kubur Hindu seluas 164 ekar, Kubur Kristian seluas 137 ekar dan termasuk juga cadangan kubur
Maklumat ini diperolehi daripada Laporan Inventori Tanah Perkuburan di Negeri Selangor pada 2010 yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD). Keterangan lanjut adalah seperti yang terdapat di Jadual 1.
PBT MBSA MBPJ MPK MPAJ MPSJ MPS MPKJ MPSP MDHS MDKL MDKS MDSB JUMLAH (EKAR) PERKUBURAN KELUASAN (EKAR) ISLAM 90.08 65.4 307.897 34.76 44.476 116.25 214.9 136.64 234.5 329.11 165.869 173.67 1913.552 JIRAT CINA 172 20 94.318 36.734 7.627 159.79 116.83 51.85 194.26 91.087 59.045 11.491 1015.032 HINDU 6.51 9 21.816 3.845 2.45 7.03 29.556 11.24 8.81 16.6832 40.669 7.016 164.6252 KRISTIAN 17.9 5 4.197 – – 92.98 16.51 – 0.74 – – – 137.327 LAIN-LAIN 148.01 5 7.575 – – – 438.62 – 215.9 – – – 815.105 PERKUBURAN BERSEPADU 217.96 – – – 51.797 – – 110.36 13.1 – – 25 418.217 JUMLAH 652.46 104.4 435.803 75.339 106.35 376.05 816.416 310.09 667.31 436.8802 265.583 217.177 4463.8582 Jadual 1 : Kapasiti tanah perkubura
-
Apakah unjuran permintaan tanah perkuburan dari sekarang sehingga tahun 2050?
Tahap kecukupan tapak perkuburan di negeri Selangor adalah seperti jadual di bawah:
PBT PERKUBURAN ISLAM PERKUBURAN BUKAN ISLAM
MBSA Mencukupi sehingga 2043 dengan perkuburan bersepadu
Mencukupi melebihi tahun 2060 MBPJ Tidak mencukupi dari tahun 2010
Tidak mencukupi dari tahun 2010
MPSJ Tidak mencukupi dari tahun 2010
Tidak mencukupi dari tahun 2010
MPK Mencukupi sehingga tahun 2033
Tidak mencukupi dari tahun 2010
MPAJ Tidak mencukupi dari tahun 2010
Tidak mencukupi dari tahun 2010
MPKJ Mencukupi sehingga tahun 2021
Mencukupi melebihi tahun 2060
MPSP Mencukupi sehingga tahun 2060 dengan perkuburan bersepadu
Mencukupi sehingga tahun 2060 dengan perkuburan bersepadu
MPS Tidak mencukupi dari tahun 2010
Mencukupi sehingga tahun 2056
MDKS Mencukupi sehingga tahun 2047
Mencukupi melebihi tahun 2060
MDHS Mencukupi sehingga tahun 2053
Mencukupi melebihi tahun 2060
MDKL Mencukupi melebihi tahun 2060
Mencukupi melebihi tahun 2060
MDSB Mencukupi melebihi tahun 2060 Mencukupi sehingga tahun 2060 dengan perkuburan bersepadu
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi kekurangan tanah Bukan Islam perkuburan di Petaling Jaya
Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor (JPBD) telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Tapak Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) Negeri Selangor yang turut merangkumi tanah perkuburan Bukan Islam bagi daerah Petaling termasuk kawasan Petaling Jaya. Pada masa kini, salah satu tapak cadangan tersebut terletak di daerah Sepang seluas 100 ekar.