Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

124) KUASA ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Ahli Dewan Negeri (ADUN) mempunyai kuasa dalam membuat pemantauan dan juga dalam penambahbaikan kualiti kerja, oleh PBT atau Pejabat Daerah di kawasan ADUN tersebut kerana terdapat kerja-kerja yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan yang merugikan Kerajaan Negeri lebih menyedihkan kadangkala ADUN sendiri tidak dimaklumkan tentang kerja-kerja tersebut.

    Dalam penambahbaikan kualiti kerja di peringkat PBT, Ahli Dewan Negeri  boleh  menyuarakan cadangan dan pandangan mereka sama ada melalui  surat-menyurat, kertas kerja dan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kecil di mana ADN dan Ahli Parlimen dibenarkan untuk dilantik menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tersebut manakala kehadiran pemerhati adalah bergantung pada kelulusan dan persetujuan Ahli Majlis. ini adalah bertepatan dengan peruntukan Seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

     

    Walau bagaimanapun, bagi Mesyuarat Penuh Ahli Majlis, ADN adalah dijemput sebagai pemerhati di mana pemerhati tidak dibenarkan mengambil bahagian di dalam mesyuarat Penuh Ahli Majlis melainkan dijemput atau dibenarkan oleh Pengerusi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.