Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
55) KUARTERS PEGAWAI KERAJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan (jumlah dan pengisian) unit kuarters sedia ada di MBPJ?
BIL SENARAI KUARTERS JUMLAH UNIT PENGISIAN MENUNGGU 1. SEKSYEN 5 NO. 21A, JLN PUTRI 5/9 PJ
NO. 21B, JLN PUTRI
5/9 PJ
2 UNIT 2 UNIT 0 2. SEKSYEN 6 KEDIAMAN RASMI
DATUK BANDAR
– NO. 12, JLN TINGGI PJ
TIMBALAN DATUK
BANDAR
– NO. 10, JLN TINGGI PJ
2 UNIT 1 UNIT
1 UNIT
0
DALAM PROSES
PEMBANGUNAN SEMULA
BIL SENARAI KUARTERS JUMLAH UNIT PENGISIAN MENUNGGU 3. JALAN PENCHALA NO. 11
NO. 13
NO. 15
NO. 17
4 UNIT 4 UNIT 0 4. SEKSYEN 8 JLN 8/3
JLN 8/3F
JLN 8/4
32 UNIT 20 UNIT (DLM
PROSES
BERPINDAH)
DALAM PROSES PEMBANGUNAN
SEMULA
KUARTERS
5. INAI COURT, JLN TEMPLER PJ
PENTHOUSE
(SEWAAN UTK
KAKITANGAN)
96 UNIT 2 UNIT
96 UNIT 0
35 ORANG JUMLAH 98 UNIT 6. INAI MERAH, JLN 4/46 PJ 240 UNIT 240 UNIT 63 ORANG -
Apakah bilangan permohonan yang masih menunggu untuk mendapatkan unit kuarters?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah kriteria untuk memilih pemohon?
SURAT AKUAN PATUHI KEPADA PERATURAN
- PENGAKUAN PENGHUNI
Saya,_________________________ No. Kad Pengenalan___________________
Dengan ini mengakui akan patuh kepada peraturan-peraturan peruntukan kuarters di
alamat ; __________________________________________________ kepada saya seperti berikut :-
SYARAT-SYARAT MENDUDUKI KUARTERS MAJLIS
Berikut adalah syarat-syarat menduduko kuarters MBPJ yang perlu dipatuhi oleh setiap penghuni. Majlis boleh mengambil tindakan kepada sesiapa yang melanggar syarat-syarat menduduki kuarters ini.
- Masih berkhidmat dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya sama ada Tetap / Kontrak.
- Kelayakan pemohon :
- Pegawai / kakitangan / Pekerja Majlis adalah tidak layak untuk memohon dan menghuni kuarters Majlis sekiranya mereka telah diluluskan skim Pinjaman Perumahan di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan’.
- Bagi penghuni yang sedang menduduki kuarters dan membeli rumah dalam kawasan pentadbiran MBPJ dikehendaki mengosongkan rumah apabila sijil kelayakan menduduki rumah telah dikeluarkan atau gandaan sewa.
2.3Kuarters yang diperuntukan akan disediakan pemasangan lampu kalimantang dan kipas ceiling di ruang tamu kuarters.
- Kuarters yang diperuntukkan mestilah didiami sendiri oleh kakitangan dan tidak boleh disewakan kepada orang lain. Kakitangan juga perlu menduduki kuarters tersebut dan tidak menjadikan sebagai rumah transit atau dibiarkan tanpa tinggal di rumah berkenaan.
- Tidak menghalang pegawai Majlis yang bertugas untuk memasuki unit kuarters bagi tujuan pemeriksaan atau penyelenggaraan.
- Majlis akan menyediakan kemudahan kenderaan kepada mereka dalam urusan masuk dan keluar kuarters dan mereka tidak layak menuntut elaun kenderaan.
- Penghuni adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian kuarters yang telah diperuntukkan kepada mereka. Selain daripada keluarga mereka dan orang gaji serta tetamu-tetamu sementara, adalah tidak dibenarkan tinggal di kuarters Sesebuah kuarters itu juga tidak boleh digunakan selain daripada tempat kediaman mereka sendiri.
- Penghuni yang mendiami kuarters adalah bertanggungjawab menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dan keselamatan dalam kuarters dan juga dalam kawasan sekitarnya. Penghuni juga perlu membaiki sendiri kerosakan kecil seperti lampiran (borang baru) :-
- Penghuni adalah dilarang membina kuil ataupun tempat sembahyang di meratarata tempat di dalam kawasan kuarters Majlis.
- Penghuni adalah dilarang membawa masuk anasir-anasir jahat dan menjadikan kuarters kediaman sebagai tempat maksiat, berjudi, mangih dadah dan sebagainya.
- Penghuni adalah dilarang memlihara binatang belaan seperti anjing dan lainlain. Penghuni juga dilarang membina reban ayam. Struktur binaan tempat meletakkan kenderaan di sekitar kawasan kuarters (Kuarters Seksyen 4/46).
- Penghuni adalah dilarang menjalankan perniagaan dan membaiki kenderaan bermotor di dalam kuarters yang diduduki.
- Penghuni adalah dilarang bertukar kuarters dengan penghuni lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Jabatan Khidmat Pengurusan. Permohonan pertukaran kali ke dua, penghuni perlu menanggung segala kerosakan.
- Penghuni dan keluarga hendaklah menjaga ketertiban berjiran dan mengelakkan diri dari persengketaan dengan jiran-jiran yang lain dan mengganggu ketenteraman awam. Mereka yang didapati sentiasa mengganggu ketenteraman awam akan diberi notis supaya menggosongkan kuarters dalam tempoh tiga bulan.
- Penghuni hendaklah memberitahu secara rasmi (bertulis) ke Pengurusan kuarters, Bhg. Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan dalam masa sekurangkurangnya 14 hari sebelum menggosongkan kuarters. Mereka dikehendaki menyerahkan kunci kuarters tersebut ke Pengurusan kuarters, Bhg. Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan dengan segera. Sekiranya kekosongan gagal dilaporkan dalam masa yang ditetapkan tindakan sewajarnya akan diambil seperti berikut :-
- Menahan elaun perpindahan
- Belanja membaiki kerosakan dan atau Upah kerja-kerja pembersihan akan ditolak daripada elaun pindah / cagaran / pemotongan gaji.
- Mereka yang akan bersara hendaklah menggosongkan kuarters sebaik sahaja tempoh perkhidmatan mereka tamat. Notis keluar kuarters akan dikeluarkan tiga (3) bulan sebelum tarikh pencen. Bagi mereka yang ingin memohon untuk melanjutkan tempoh tinggal di kuarters mertilah mendapat kebenaran dari Datuk Bandar. Mereka yang telah diberi kebenaran menduduki kuarters selepas persaraannya dikehendaki membayar sewa kuarters secara pendahuluan. Mereka juga bertanggungjawab menyelesaikan segala bil-bil bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain.
- Gaji terakhir bagi mereka yang akan bersara akan ditahan bagi mempastikan tidak timbul apa-apa masalah berkenaan dengan bil-bil yang tertunggak dan barangan rumah yang tidak dibersihkan. Pihak Majlis akan menolak kos pembersihan dari gaji yang ditahan begitu juga dengan bil-bil yang berkaitan.
- Pihak Majlis tidak mengamalkan system pewarisan. Bermakna jika si ibu/bapa telah berpencen, anaknya yang bekerja di MBPJ tidak secara automatic boleh menduduki kuarters tersebut. Permohonan beliau akan diproses mengikut prosedur biasa.
- Bagi pesara/kes-kes kematian pihak Majlis boleh memberi pertimbangan untuk pesara/waris si mati mendiamai kuarters dalam tempoh 3 bulan + 3 bulan bagi membolehkan pesara/waris untuk mencari tempat tinggal baru dan bayaran sewa akan dikenakan serta merta.
- Datuk Bandar atau wakil boleh atas budibicaranya untuk membatal atau melanjutkan tempoh menghuni kuarters selepas bersara atau kematian.
- Majlis berhak untuk mengubah atau meminda mana-mana syarat yang difikirkan tidak sesuai.
- Penghuni kuarters dimestikan menyertai/menghadiri aktiviti/program MBPJ sama ada di kuarters/ibu pejabat.
- Setuju untuk menandatangani dokumen perjanjian rasmi menduduki kuarters Majlis.
SYARAT PENARIKAN KUARTERS
Majlis boleh pada bila-bila masa menarik balik tawaran kuarters dengan memberikan sebulan (1) bulan notis secara bertulis kepada penghuni.
Sebarang maklumat lanjut mengenai urusan kuarters Majlis hendaklah dirujuk kepada :-
Bahagian Pentadbiran Am dan Sumber Manusia
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Tingkat 2, Ibu Pejabat MBPJ,
Jalan Yong Shook Lin,
46675, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7956 3544
Fax : 03-7958 1494