Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
227) KUARTERS PEGAWAI DAN KAKITANGAN, JALAN PEGAWAI SUNGAI BESAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status fizikal kuarters ini?
Status fizikal keseluruhan kuarters adalah baik dan sentiasa di bawah selenggaraan Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam
-
Apakah syarat-syarat kelayakan menduduki oleh pegawai dan kakitangan?
Syarat-syarat kelayakan menduduki kuarters adalah seperti berikut :-
- Pegawai atau kakitangan kerajaan yang mempunyai elaun ITP (Imbuhan Tetap Perumahan)
- tidak mempunyai rumah persendirian di dalam kawasan radius 25 kilometer tempat bekerja dengan menggunakan pinjaman
- keutamaan kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB). Sekiranya tiada permohonan daripada kakitangan PDTSB, permohonan daripada Jabatan lain akan dipertimbangkan.
- Keutamaan kepada pegawai dan kakitangan yang berkahwin.
- Kelayakan kuarters mengikut gred jawatan pegawai dan kakitangan yang memohon.