Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
342) KUARTERS KAKITANGAN DI PUSAT LATIHAN JABATAN HUTAN SUNGAI BULOH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membangunkan kuarters kakitangan yang sudah uzur?
Bagi tahun 2025, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menerima peruntukan sejumlah RM200,000.00 di bawah peruntukan dasar baru untuk pembaikan bangunan pejabat dan kuarters JPNS. Untuk makluman, JPNS tidak menerima sebarang peruntukan di bawah peruntukan pembangunan (P10) tahun 2025 bagi program infrastruktur dan pembangunan (P.K5 05001).
-
Apakah tindakan bagi membantu kakitangan Jabatan Hutan yang tinggal di kuartes tersebut?
JPNS akan menyelenggara dan membaik pulih kuarters kakitangan JPNS berdasarkan aduan dan pemantauan mengikut peruntukan yang di terima.
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan peruntukan bagi membantu Jabatan Hutan Sungai Buloh?
JPNS akan memohon peruntukan tambahan bagi infrastruktur dan pembangunan pejabat dan kuarters kakitangan.