Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
233) KUARI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapa jumlah pengeluaran kuari dan hasil yang diterima di Negeri Selangor setiap tahun mulai 2002 sehingga sekarang?
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Lanjan, berikut adalah data pengeluaran dan hasil kuari di Negeri Selangor :-
* Kadar Royalti Kuari Tahun 2002 hingga 2010 : RM 3.00 / M³
* Kadar Royalti Kuari Tahun 2011 hingga 2014 : RM 5.20 / M³
* Kadar Royalti Kuari Tahun 2015 hingga terkini : RM 10.15 / M³
-
Apa rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan kuari mampan dan berterusan untuk sektor pembinaan bangunan?
Rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan kuari mampan dan berterusan untuk sektor pembinaan bangunan adalah seperti berikut :-
- Permintaan sumber kuari Negeri Selangor bagi sektor pembangunan adalah datangnya daripada sumber kuari di bawah Pentadbiran Tanah dan kuari di bawah Perhutanan Negeri.
- Kuari di bawah Pentadbiran Tanah : 17 pengusaha
i. Hulu Langat : 10 pengusaha
ii. Gombak : 4 pengusaha
iii. Hulu Selangor : 1 pengusaha
iv. Kuala Langat : 2 pengusaha - Kuari di bawah Perhutanan Negeri : 9 pengusaha
i. Hulu Langat : 2 pengusaha
ii. Gombak : 7 pengusaha
2. Anggaran rizab bahan batuan granit / kuari di bawah Pentadbiran Tanah (Kanun Tanah Negara 1965) adalah :
3. Anggaran keseluruhan rizab bahan batuan granit / kuari di bawah Pentadbiran Tanah (Kanun Tanah Negara 1965) adalah sejumlah 178,339,836.22 juta Meterpadu (M³) dengan jangka hayat operasi 8 tahun sehingga 27 tahun.
4. Manakala Anggaran rizab bahan batuan granit / kuari di bawah Perhutanan Negeri (Akta Perhutanan 1984) adalah sejumlah 34,537,842.69 juta Meterpadu (M³) dengan jangka hayat operasi 20 tahun sehingga 22 tahun.
Kesemua rizab bahan batuan granit / kuari ini mampu menampung keperluan bekalan kepada sektor pembinaan di sekitar Negeri Selangor bagi tempoh 20 tahun sehingga 30 tahun akan datang.