Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

282) KUALITI TURAPAN JALAN KONTRAKTOR AIR SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan Air Selangor menurap kembali jalan dengan baik selepas kerja-kerja korekan untuk baik pulih paip?

    Selepas kerja-kerja korean untuk pembaikan paip dilaksanakan, pihak kontraktor lantikan Air Selangor akan menutup dan meratakan lubang korekan di tapak tersebut but sementara waktu. Berikutan itu, dalam masa 24 jam, pihak kontraktor akan melakukan penurapan semula jalan di tapak tersebut. Tempoh tanggungan kecacatan (DLP) berkaitan kerja-kerja pembaikan dan kerja-kerja penurapan semula jalan adalah selama 6 bulan tapa kos tambahan kepada Air Selangor.

     

    Pihak kontraktor juga sentiasa dipantau bag memastikan kerja-kerja penurapan adalah mematuhi spesifikasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Jabatan Kerja Raya (JKR).

     

    Air Selangor sentiasa memantau setiap aduan dan kawasan yang diturap oleh pihak kontraktor dari masa ke semasa. Tindakan segera untuk pembaikan turapan akan dijalankan sekiranya terdapat sebarang aduan/ masalah yang dikemukakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.