Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

210) Kualiti Perkhidmatan Bekalan Air Rakyat

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan modal (Capex) bagi menggantikan paip-paip bocor (Non Revenue Water- NRW) yang telah dilaksanakan di negeri Selangor

    Air Selangor telah dan sedang melaksanakan program tahunan bagi penggantian paip usang jenis Asbestos Cement (AC) dari tahun 2016 sehingga 2020 melibatkan 302 lokasi hotspots sepanjang 715 km. Status kerja penggantian paip yang telah diluluskan sehingga tahun 2020 adalah seperti berikut:

    Jumlah perbelanjaan modal (CAPEX) bagi Program Penggantian Paip Lama dari tahun 2016 sehingga 2020 adalah berjumlah RM671 Juta.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang diperlukan untuk melaksanakan sepenuhnya baki penggantian paip-paip tersebut?

    Jumlah panjang paip Asbestos Cement (AC) di dalam sistem perpaipan Air Selangor yang masih perlu diganti adalah lebih kurang 6,000 km. Air Selangor menyasarkan untuk menggantikan 150km paip setiap tahun dan ianya akan mengambil masa lebih kurang 40 tahun untuk menggantikan keseluruhan paip asbestos cement tersebut. Berdasarkan Pelan Perniagaan 30 Tahun yang telah dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kos keseluruhan bagi Program Penggantian Paip melibatkan perbelanjaan modal (CAPEX) bagi tempoh 30 tahun akan datang adalah dianggarkan sebanyak RM 7.8 billion.

Lampiran

Tiada Lampiran.