Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
183) KUALITI JALAN RAYA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pelan penyelenggaraan jalan raya utama di bawah JKR bagi mempastikan pengguna selamat menggunakannya, khususnya permukaan jalan dan lampu jalan diari Kampung Sg. Udang hingga ke Northport dan Bagan Hailam.
Pelan Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri di bawah JKR merangkumi Kontrak Jangka Panjang dan Sebut harga Secara Jabatan. Perincian bagi setiap kerja adalah seperti berikut :-
- Kontrak Jangka Panjang (KJP) : Skop kerja utama adalah Penyenggaraan Rutin merangkumi RO1 – RO11.
Skop Penyenggaraan Rutin Tahun 2016 – 2021 RO1 – Pavement RO2 – Road Shoulder RO3 – Grass Cutting RO4 – Road Furnitures RO5 – Bridges, Pedestrian Crossing and Culverts RO6 – Roadline RO7 – Drainage RO8 – Road Cleaning RO9 – Routine Inspection RO10 – Mandatory Inspection RO11 – Street Lighting and Traffic Light - Sebut harga Secara Jabatan : Skop kerja melibatkan pembaikan jalan, membaiki aspek keselamatan dan lain-lain kerja kecil (pembaikan longkang, bahu jalan) serta kes aduan yang
Penyelenggaraan Jalan Raya Persekutuan di bawah JKR bagi skop Penyenggaraan Rutin adalah seperti berikut :-
Skop Penyenggaraan Rutin R01 – Pavemen R02 – Penyenggaraan Bahu Jalan R03 – Pemotongan Rumput R04 – Penyenggaraan Perabut Jalan R05 – Penyenggaraan Pembentung & Jambatan R07 – Penyenggaraan Longkang Bagi lokasi dari Kampung Sg Udang hingga ke Northport, penyelenggaraan jalan terlibat adalah termasuk dalam Pelan Penyelenggaraan Jalan Raya tersebut.
Manakala bagi penyelenggaraan Jalan Bagan Hailam adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
-
Berapakah kos optimum yang diperlukan? Berapa yang diperolehi?
Bagi Penyenggaraan Rutin untuk Jalan Negeri dianggarkan sebanyak RM 7648 / km / tahun manakala bagi Jalan Persekutuan pula, kos bagi Penyenggaraan Rutin dianggarkan sebanyak RM 20,544 / km / tahun. Bagi lokasi jalan dari Kampung Sg Udang hingga ke Northport, kos optimum kerja penyenggaraan rutin jalan berkenaan dalam anggaran sebanyak RM 253,315.52/ tahun