Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
105) KUALITI DAN PENAMBAHBAIKAN JALAN RAYA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Keadaan iklim dan cuaca menyebabkan jalan raya dalam negeri Selangor mempunyai tempoh tahanguna yang tidak lama. Adakah kerajaan Negeri mempunyai cadangan atau kajian untuk menggunakan teknologi dan bahan yang lebih sesuai dalam binaan jalan raya agar dapat bertahan lebih lama dan lebih berkualiti?
Keadaan iklim dan cuaca turut menyumbang kepada faktor kerosakan dan penurunan jangka hayat jalan raya di negeri Selangor. Mengikut kajian yang dijalankan, faktor utama penyumbang pada kerosakan jalan adalah jumlah kenderaan berat yang lebih muatan yang menggunakan jalan raya di negeri Selangor. Peranan dan pemantauan agensi penguatkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) amat penting bagi memastikan kenderaan berat yang membawa lebih muatan dikenakan tindakan bagi memastikan kerosakan jalan raya dapat diminimumkan.
Walaubagaimanapun, JKR Selangor sentiasa komited dalam melaksanakan pembinaan dan penyenggaraan jalan raya dengan mengemaskini Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan dari semasa ke semasa. Ini adalah untuk memastikan SOP yang disediakan menepati kehendak dan keperluan kerja-kerja di tapak. Peningkatan spesifikasi adalah berdasarkan kepada keperluan teknikal di tapak seperti mempelbagai kaedah turapan jalan menggunakan bahan serta teknologi terkini, misalnya penggunaan kaedah Cold In Place Recycling (CIPR), Super Fibre Mix (SFM) dan Crump Rubber Modified Asphalt (CRMA) yang amat berkesan untuk membaikpulih kerosakan pada struktur jalan.
Di samping itu, JKR Selangor juga telah menggunakan Polymer Modified Asphalt (PMA) sebagai salah satu bahan turapan bagi menyelenggara jalan. Polymer Modified Asphalt (PMA) adalah merujuk kepada modifikasi yang dibuat ke atas bitumen asli dengan menambahkan bahan polimer bagi meningkatkan kualiti bitumen itu sendiri sekaligus meningkatkan kualiti bahan turapan jalan yang akan digunakan dalam pembinaan jalan. Walaupun PMA mampu untuk meningkatkan hayat turapan kerana mempunyai daya tahan yang lebih baik, namun harganya sangat tinggi dan biasanya menjadi penyebab kepada peningkatan kos awalan projek.
JKR Selangor telahpun menggunakan kaedah baru dalam turapan jalan dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di lokasi yang bersesuaian bagi meningkatkan jangka hayat turapan seperti berikut:
i. Cold In Place Recycling, CIPR
ii. Super Fibre Mix, SFM
iii. Crump Rubber Modified Asphalt, CRMA
iv. Polymer Modified Asphalt, PMA
v. Latex
vi. Macrebur