Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
7) KUALITI BEKALAN AIR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik dan jenis aduan tentang kualiti bekalan air yang diterima daripada pengguna?
STATISTIK PURATA ADUAN KUALITI BEKALAN AIR DARI TAHUN 2005 HINGGA 2010
Tahun 2005 2006 2007 2008 20009 2010 (Jan –
Sep)
Purata Aduan Bagi
Setiap
Bulan
211
386
290
252
278
280
Aduan kualiti air yang paling kerap diterima adalah air berwarna manakala terdapat juga aduan berkenaan air berbau.
Antara sebab-sebab utama yang telah dikenal pasti menyumbang kepada masalah kualiti air adalah paip air uzur dan berkarat serta perpaipan dan tangki air dalam premis pengguna sendiri yang lama dan berkarat yang mana perlu diganti. Ini merupakan 20.4% daripada jumlah aduan yang diterima.
Walau bagaimanapun keseluruhan bekalan air yang dibekalkan oleh SYABAS adalah sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia disahkan menepati Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan.
-
Adakah proses penggantian paip lama telah diselesaikan di seluruh Selangor?
Projek penggantian paip air lama yang dirancang dalam tempoh konsesi penswastaan pembekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum dapat diselesaikan secara menyeluruh. Mengikut perancangan SYABAS sebanyak 6000 km paip jenis AC (Asbestos Cemment) di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu diganti dalam tempoh konsesi. Namun projek ini terpaksa ditangguhkan disebabkan pembekuan CAPEX mulai tahun 2008. Berikut adalah pencapaian dan perancangan di dalam tempoh operasi pertama hingga ketiga;
Bil. Keterangan
Perjanjian Konsesi Pencapaian SYABAS Panjang Paip (km) RM Panjang Paip (km) RM 1. Tempoh Operasi Pertama dan
Kedua. (1 Jan
2005 – 31 Dis 200*
2,543
383.2 juta
808
396 juta
2. Tempoh Operasi Ketiga (Jan 2009 –
Dis 2011)
1,335
–
–
–
Jumlah 3,878 383.2 juta 808 396 juta -
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bekalan air kurang berkualiti setelah walaupun paip lama diganti?
SYABAS telah mengenal pasti kira-kira 6000 km paip Asbestos Cemment (AC) yang uzur dalam sistem agihan dan perlu diganti. Walau bagaimanapun, setakat ini hanya sepanjang 808 km paip uzur dapat diganti disebabkan oleh pembekuan CAPEX oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor sejak Julai 2008. Oleh itu masih terdapat banyak lagi paip uzur yang perlu diganti.