Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

102) KUALITI AIR SUNGAI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila butirkan senarai sungai di Negeri Selangor bersama dengan tahap kualiti air sungai tersebut.

    Berdasarkan indeks kualiti air, secara keseluruhannya kualiti air di lembangan-lembangan sungai utama masih berada di dalam keadaan baik iaitu pada Kelas II dan III. Berikut adalah status kualiti air sungai-sungai utama di Selangor berdasarkan pemantauan kualiti air di Loji Pembersihan Air (LPA) oleh Air Selangor Sdn Bhd sehingga Mac 2020:

    Berdasarkan bacaan IKA di LPA-LPA ini, berikut adalah purata kelas sungai-sungai utama:

    1. Sungai Selangor : 82.9 (Kelas III)
    2. Sungai Bernam : 86.8 (Kelas II)
    3. Sungai Langat : 79.0 (Kelas II)
    4. Sungai Semenyih : 75.8 (Kelas III)

     

    # Status kualiti air sungai juga boleh dirujuk berdasarkan bacaan IKA di bawah Program Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor.

    # Rujukan Kelas Sungai adalah seperti di Lampiran.

  2. Sila senaraikan sungai yang sedang diberi tumpuan untuk menambahbaik kualiti air sungai.

    Secara keseluruhannya, semua sungai diberikan tumpuan daripada aspek kawalan pencemaran dan pemulihan kualitinya sesuai dengan kegunaannya. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.

    Selain itu, satu program Selangor Maritime Gateway yang dilaksanakan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri sedang direncanakan yang turut merangkumi pengindahan dan pembersihan Sungai Klang daripada aspek kualiti airnya dan pembangunan estatik guna tanah rizab sungainya.