Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
135) KUALITI AIR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan sungai-sungai utama di Negeri dan pengkelasan kualiti air sehingga 2015.
Terdapat 7 sungai utama di Negeri Selangor, iaitu : Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Klang, Sungai Bernam, Sungai Buloh, Sungai Sepang, dan Sungai
Kualiti sungai-sungai ini berdasarkan pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga tahun 2015 adalah seperti berikut :
SUNGAI 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Sg. Selangor 80 (II) 83 (II) 85 (II) 85 (II) 83 (II) 84 (II) 83 (II) Sg. Langat 70 (III) 73 (III) 77 (II) 77 (II) 72.8 (III) 73 (III) 74 (III) Sg. Klang 64 (III) 66 (III) 77 (II) 72 (III) 73 (III) 74 (III) 77 (II) Sg. Tengi 77 (II) 72 (III) 77 (II) 76 (III) 81 (II) 75 (III) 76 (III) Sg. Buloh 58 (III) 56 (III) 58 (III) 56 (III) 60 (III) 56 (III) 63 (III) Sg. Sepang 70 (III) 65 (III) 73 (III) 71 (III) 84 (II) 83 (II) 76 (III) * Maklumat Terperinci bagi Kelas dan Kategori sungai adalah seperti di Lampiran.
LAMPIRAN
KELAS :
KELAS IKA KEGUNAAN AIR Kelas 1
>92.7
Ø Pemeliharaan untuk persekitaran semulajadi Ø Bekalan air I : secara praktiknya tidak memerlukan rawatan
Ø Perikanan I : untuk spesis akuatik
yang sangat sensitif
Kelas IIA
85.0-92.7
Ø Bekalan air II : memerlukan rawatan konvensional Ø Perikanan II : untuk spesis yang
sensitif
Kelas IIB 76.5-85.0 Sesuai untuk aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan badan Kelas III
51.9-76.5
Ø Bekalan air III : memerlukan rawatan yang intensif Ø Perikanan III : untuk minuman
binatang ternakan
Kelas IV 31.0-51.9 Hanya untuk tujuan pengairan. Kelas V <31.0 Air yang tercemar teruk KATEGORI :
KATEGORI INDEKS KUALITI AIR (IKA) Bersih 81 – 100 Sederhana Tercemar 60 – 80 Tercemar 0 – 59 -
Apakah kekerapan JPS membuat pemantauan dan analisa kualiti air sungai?
Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak melaksanakan pemantauan dan analisa kualiti air sungai secara komprehensif, tetapi pemantauan dan analisa oleh pihak JPS adalah berdasarkan keperluan, contohnya bagi pelaksanaan Program 1 Negeri 1
Pemantauan kualiti air sungai secara menyeluruh adalah dilaksanakan oleh JAS secara berkala mengikut lembangan sungai :
- Sungai Selangor : 6 kali setahun
- Sungai Langat : 12 kali setahun
- Sungai Klang : 48 kali setahun
- Sungai Tengi : 6 kali setahun
- Sungai Buloh : 6 kali setahun
- Sungai Sepang : 6 kali setahun
-
Apakah sistem pemantauan JPS dalam memastikan kualiti air dari kolam penternakan, akuakultur, kebun pertanian, efluen loji kumbahan?
JPS tidak melaksanakan pemantauan kualiti air daripada aktiviti-aktiviti seperti kolam penternakan, akuakultur, kebun pertanian dan efluen loji kumbahan atas kekangan kuasa perundangan di mana JPS merupakan agensi pelaksana antaranya bagi pengawalan banjir dan penyelenggaraan sungai. Sebaliknya kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan bagi isu-isu pencemaran dilaksanakan jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:
- Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, yang dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri,
- Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan
- Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh EXCO Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.
Kes pencemaran diberi perhatian dan tindakan segera supaya ianya tidak menjejaskan keperluan masyarakat. Jabatan-jabatan teknikal berkaitan sentiasa berusaha untuk menguatkuasakan perundangan mengikut bidang kuasa masing-masing dan tampil dengan kaedah-kaedah baru untuk mengelakkan kejadian pencemaran yang sama berulang serta meningkatkan kualiti sumber air negeri. Antaranya penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 oleh LUAS.
Namun, isu pencemaran sungai ini tidak terhad hanya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh menyumbang kepada
pencemaran sungai di mana pengawalan dan penguatkuasaannya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, seperti kumbahan dan efluen perindustrian yang dikawalselia di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Namun, setiap isu pencemaran yang melibatkan tindakan pelbagai agensi teknikal ini akan dibincangkan dan diselesaikan secara bersepadu melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management, IRBM) dan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Coastal Mangement, ICM).