Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
116) KUALA SELANGOR NATURE PARK (KSNP)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi kelulusan bagi pelaksanaan projek ini?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menerima cadangan untuk membangunkan Taman Alam Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa telah diterima pada 25 Februari 2021 dan setelah beberapa siri perbincangan dengan pihak-pihak pemegang taruh termasuk konsultasi dengan Malaysian Nature Society (MNS) yang bertanggungjawab menjaga kawasan tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil 39/2021 bertarikh 17 November 2021 secara dasarnya telah meluluskan cadangan untuk memajukan Taman Alam Kuala Selangor sebagai sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
Walau bagaimanapun kawasan yang terlibat dengan pemajuan masih berstatus Hutan Simpan Kekal dan pemaju hanya diberi Permit Penggunaan secara tahunan dan tidak dibenarkan untuk mengubah status hutan tersebut. Malahan akan mewujudkan satu pusat pendudukan konservasi hutan paya bakau bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada orang awam terutamanya pelajar-pelajar sekolah tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Namun, projek ini belum dimulakan kerana terdapat beberapa perkara masih perlu diteliti semula.
-
Apakah status pelaksanaan projek ini?

Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan atau strategi bagi memastikan ekosistem tersebut dipelihara?
Bagi cadangan untuk membangunkan kawasan Taman Alam Kuala Selangor ini, beberapa penetapan zon perlindungan perlu diambil kira bagi memastikan ekosistem dan hutan paya bakau terpelihara. Antara ketetapan yang akan dilaksanakan adalah seperti:
- Menyediakan zon penampan pembangunan (buffer zone) untuk mencegah/ meminimumkan kerosakan pokok semasa proses pembangunan dijalankan.
- Mengenakan syarat kepada pemaju untuk mengemukakan atau menyatakan Kaedah Pengurusan Perlindungan Pokok-pokok Pesisir Pantai secara Arboricultural Method Statement di peringkat perancangan dan reka bentuk (planning and design), pra pembinaan (pre-construction), pembinaan (construction) dan pasca pembinaan (post-construction).
- Memperkenalkan Kaedah Perlindungan Pokok (Tree Protection Plan) dan Arboriculture Impact Assessment di peringkat syarat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Pihak pemaju juga akan dikehendaki untuk menjalankan penilaian pembangunan berpandukan “Laporan Kajian Kepentingan Nilai Ekosistem Hutan Paya Bakau Sebagai Fungsi Perlindungan Pantai Terhadap Komuniti dan Aktiviti Ekonomi di Persisiran Pantai Klang, Selangor, 2015”