Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
36) KSSB
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah bonus yang diberikan kepada Lembaga Pengarah dan Kakitangan KSSB ?
Jumlah bayaran bonus;
Bayaran Bonus (RM) Tahun Pengarah Kakitangan Jumlah 2008 28,000 131,436 159,436 2009 56,000 286,710 342,710 2010 – 213,334 213,334 Bonus 2010 adalah bonus interim.
Pembayaran kepada Pengarah sebenarnya adalah dalam kategori yuran tahunan pengarah. Ianya telah disalah kelaskan sebagai bonus kerana telah dibayar serentak dengan bonus kakitangan.
-
Adakah ganjaran yang diberikan setimpal dengan prestasi mereka?
Bonus dan yuran pengarah yang telah dibayar telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah setelah mengambil kira prestasi syarikat dan berpatutan.
Ianya hanyalah 3.3% dari jualan untuk tahun 2008, 1.1% untuk tahun 2009 dan 0.5% untuk tahun 2010.
-
Apakah garis panduan pemberian bonus?
Bonus diberikan berdasarkan prestasi syarikat. Kelayakan kakitangan pula adalah berdasarkan prestasi kerja serta pro rata tempoh perkhidmatan untuk sesuatu tahun.